Penginapan di Pantai Indah Seaview Resort, Pantai Remis

Jika anda mahu lari dari kesibukan kotaraya. Pantai Remis adalah tempat sesuai buat anda. Anda boleh menginap di Pantai Indah Seaview Resort, Pantai Remis, Selangor.

Jika anda mempunyai keluarga yang besar,  Pantai Indah Seaview Resort amat sesuai untuk anda.

Jika ingin membuat hari keluarga Pantai Indah Seaview Resort amat sesuai.

Memang jalan nak ke Pantai Indah Seaview Resort ini agak serem sikit sebab dikelilingi lalang-lalang jek. Tapi bila masuk kawasan resort…wow…..boleh tahanlah. Takdelah seram sangat…..

Lokasi Pantai Indah Seaview Resort terletak bersebelahan Petronas Sungai Semilang.

Untuk harga apartment di Pantai Indah Seaview Resort  boleh semak DISINI. Jika anda kakitangan kerajaan akan dapat komisyen sebanyak 10 %. Nasib baik ada dikalangan IB Clan kakitangan kerajaan…boleh tumpang sekaki 🙂

Bilik pertama. Katil bersaiz queen. Ada aircond. Ada cermin make up. Tiada wardrobe.

Alhamdulillah kami dapat bilik di tingkat 9. Memang permandangan mengadap laut. Benar kata Kak Yan. Best. Feeling-feeling gitew.

Master bedroom. Katil bersaiz queen. Abaikan kesepahan itu. Ada bilik air. Ada bath tab lagi. Tapi tak koser nak guna..lebih baik mandi pool. Ada aircond. Tiada wardrobe.

Boleh bentang toto lagi kat bawah tu…

Bersebelahan master bedroom ada ruangan untuk satu katil bujang. Nampak pintu tu…boleh tutup jika bukan muhrim…hehehehhe…Ada wardrobe. Tiada aircond. Ada kipas. Kat bawah tu boleh bentang toto juga 🙂

Ini ruangan dapur. Memang luas. Nak buat kenduri kendara pun boleh…hehehehe…Tiada dapur disediakan. Ada microwave. Ada peti ais. Ada kettle. Bawak mak-mak ni yang best…depa suka masak…so kena standby bawak dapur letrik tau 🙂

bersebalahan sinki ada peti ais…luaskan dapur 🙂

ruang tamu yang panjang dan luas. Korang hangkutlah berapa orang yang korang nak…asal muat boleh je….kami tinggal seramai 19 orang…hehehehe…yang pompuan tidur dalam bilik..yang lelaki tidur luarlah….

Extra bed semalam RM10.00 🙂

Padang yang luas. Boleh bersukaneka kat situ. Nak main bola pun boleh….

Ada banyak ruang untuk berbarbeque. Tong bbq diberi percuma. Korang cuma bawa jaring dan arang sahaja. Meja dan kerusi juga boleh disewa. Satu meja RM2.00 dan satu kerusi RM1.00.

Dan port paling best adalah swimming pool. Tapi satulah nak komplen pasal pool ni…kenapa pihak pengurusan tidak menyediakan tangga dalam pool tersebut? Sudahnya, kami terpaksa menggunakan tenaga lelaki untuk mengangkat makcik-makcik dan kami yang banyak lemak ini…huhuhuhuhu….

Secara keseluruhannya, saya puas hatilah. Berbaloi dengan harganya.

Untuk sesiapa yang berminat :-

Pantai Indah Seaview Resort Sdn. Bhd.
5182, 17th Mile Jalan Kapar, 45800 Sg. Sembilang, Selangor

Tel : 03-3264 9617, 3264 9618, 012 3715628

Fax : 03-3264 9616

email : info@seaviewresort.com.my

 

8 thoughts on “Penginapan di Pantai Indah Seaview Resort, Pantai Remis”

  1. Macam best jew macam murah jew..dekat pulak tu..dah lama sangat nak pergi sini.Tapi tak pergi2 gak lin..Kena buat family day macm ko gak kot baru pergi!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge