Kisah Serigala Yang Jahat

Big Bad Wolf is back! wehoooo…..

Disember yang dinanti-nanti buat ulat buku. Memang setiap Disember, Serigala Jahat ni akan muncul dan kali ini sekali lagi muncul di MIECC @ The Mines.

Big Bad Wolf 2013

Mari ramai-ramai serbu. Start dari 6-15 Disember 2013 and 24 hours! Boleh pergi siang, malam, tengah makam, pagi buta…pilih ikut sesuka hati. Parking di MIECC cuma RM3.00 sepanjang masa. Jika tahun lepas trademark #BBW adalah kereta Lamborgini tapi tahun ini tampil dengan Pirates of Wolf…..

big bad wolf 2013Makcik kecik sibuk cari buku idaman hati…

Big Bad Wolf 2013

 

Saya ahad lepas. Masa ni waktu kemuncak. Sila datang dengan bagasi atau beg besar.

big bad wolf 2013

Hasil rembatan saya. Kali ni beli novel melayu je sebab novel inggeris yang beli tahun lepas pun masih belum habis baca. 5 buah novel melayu cuma berharga RM27 sahaja. Harga novel melayu serendah RM5-8 sahaja. Novel Inggeris berharga RM8.

Tips untuk ke Big Bad Wolf :

1. Sila datang pada weekdays, tengah malam atau pagi buta sebab masa ni orang kurang tapi buku banyak.

2. Bawaklah beg bagasi ke beg kertas ke. Saya bawak beg ikea size paling kecik sebab bajetpun ciput.

3. Kalau yang ada anak tu…jika ada orang nak jaga,silalah tinggalkan sebab budak-budak akan jadi boring bila mak dorang dah meroyan berjam-jam memilih buku.

4. Pakai kasut yang selesa agar tidak lenguh kaki. Besar giler tu nak merayap sana sini.

5. Bawak duit secukupnya.

 LOVE BOOKS!

XOXO

17 thoughts on “Kisah Serigala Yang Jahat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge