Anak Itu Pembawa Rezeki

Disember..bulan menguji fizikal dan mental…

Bulan cuti sekolah, bulan buku sekolah, bulan kasut sekolah, bulan baju sekolah, bulan perkakas sekolah, bulan yuran sekolah…jangan merungut…tak baik kata suami.

Cuma Disember kali ini tiada bulan untuk berlibur…save bajet katanya…

Pizza Hut, One Utama

Memadai dengan sekadar berjalan-jalan di shopping mall kegemaran kami, One Utama. Makan makanan kegemaran kami, Pizza Huts. Jalan berpegangan tangan sambil gelak ketawa. Sudah cukup indah buat kami..*ayat sedih tak dapat berjalan*

Aeon One Utama

Kemudian membeli keperluan sekolah anak-anak. Zaman anak-anak kini tidak sama zaman sekolah aku dulu. Anak-anak sekarang lebih demanding. Zaman aku dulu harapkan ehsan arwah atuk untuk beli kasut sekolah. Itupun ukur tali kat tapak kaki dan redha dengan pemberian atuk. Anak zaman sekarang, memilih nak kasut All Star lah..Jazz lah..Pallas lah…Aku dulu…naik bas mini pergi Globe Silk Store untuk beli kain baju sekolah dan mak jahit sendiri. Tak merungut pun…Anak zaman sekarang, semuanya pandai pilih sendiri. Tidak terlalu menurut tapi mendapat kelulusan mak dorang.

Anak bujang aku memang cerewet. Jika tak kena selera dia jangan harap dia nak layan. Itupun kira nasib baik kalau babah dorang yang layan…kalau mama dorang memang bohlayan.

Kos hidup sekarang semakin tinggi. Anak-anak…belajarlah rajin-rajin….kerana itulah yang akan menjamin kehidupan kamu kelak.

keluarga kecil alin marlini

lots of LOVE!!

XOXO..

14 thoughts on “Anak Itu Pembawa Rezeki”

  1. Seronok tengok satu family outing membeli barang sekolah. Terkenang zaman kecik-kecik dulu.

    Betul la, bebudak sekarang memang demanding sikit. Zaman kita kalau parent belikan kasut yang saiznya terlebih besar, still boleh redha je. Time mula sekolah, pakai kasut tu dengan bucu depan sumbat dengan kertas.
    Anak Askar Pencen recently posted..Nasik Lemak Nan SebungkusMy Profile

  2. Sis, zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang… Anak-anak zaman sekarang sudah pandai membanding-bandingkan…

    Tak perlah Sis.. Itu memang rezeki mereka hidup dalam zaman sekarang.. Emak bapa zaman sekarang pun mampu untuk memberikan kasut yang mereka ingini… Tak seperti emak ayah saya dulu… Saya redha jer dengan apa yang mereka belikan, asalkan boleh buat pergi ke sekolah…
    Anuar recently posted..Cara Paling Mudah Meletakkan Blog Anda Di Page Pertama Google.. Terbukti berkesan!!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge