Mari melawat Bukit Melawati, Kuala Selangor

Dari kecil, abah dan mak selalu bawa kami ke tempat bersejarah di Selangor iaitu Bukit Melawati, Kuala Selangor. Bukan takat kami adik beradik, mak dan abah juga selalu bawa anak jagaan mereka ke sana dan sekarang kami pulak bawa mak dan abah serta cucu-cucu ke sana pulak 🙂

Jika ke sana pada hari Isnin-Jumaat, kenderaan dibenarkan masuk hingga ke atas Bukit Melawati. Hari cuti pulak, kereta tidak dibenarkan masuk. Dan anda harus naik keretapi yang disediakan. Harga tiket untuk masuk ke Bukit Melawati bagi kanak-kanak adalah RM3, manakala dewasa adalah RM5.

Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato’ Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing.Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.

Bukit Melawati, Kuala SelangorPengalaman pertama naik keretapi panjang ni. Memang best giler….

Bukit Melawati, Kuala SelangorBudak yang memang tak takut apa-apa….

Bukit Melawati, Kuala SelangorMelawat kawan-kawan yang lama tak jenguk…hehehehe…beruk-beruk dah pandai demand…bagi kacang panjang dah tak pandang….

Muzium Sejarah Kuala SelangorMacam-macam peninggalan yang ada di Muzium Sejarah Kuala Selangor ni tapi kami tak masuk kali ni….

Bukit Melawati, Kuala SelangorMeriam di Bukit Melawati, Kuala Selangor masih utuh. Kat sini jugaklah tempat melihat anak bulan.

Bukit Melawati, Kuala SelangorSubhanaAllah….cantik sangat anak beruk ni. Warna perang…..rasa nak tangkap bawak balik jek….

Bukit Melawati, Kuala SelangorIngatkan dah habis pengembaraan kami, rupa-rupanya kami dibawa singgah ke Akuarium Ikan pulak. Memang berbaloi-baloila….

Lots of LOVE…XOXO 🙂

10 thoughts on “Mari melawat Bukit Melawati, Kuala Selangor”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge