Qayyum 9 Tahun

Tsunami 2004 mengingatkan aku 9 tahun yang lepas.

Jika di Acheh, Jepun, Bangladesh kehilangan selautan manusia. Untukku…Allah utuskan aku seorang putera. Putera yang dinanti-nanti dalam keluarga kami. Dalam kepayahan..kekalutan..aku mengumpul kekuatan demi anakku.

Hari ini 27.12.2013, genap 9 tahun usia puteraku, Firhan Qayyum.

Setiap saat nafas ini, aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anakku. Kejadian yang pasti tidak dapat dilupakan oleh keluarga kami membuat kami lebih tabah dan saling lebih menyayangi.

Doa agar puteraku terus diberikan kesihatan yang baik. Semoga tulang dan kakinya membesar sempurna. Semoga menjadi anak yang soleh. Yang dapat memimpin umat manusia. Yang dapat berbakti pada nusa dan bangsa. Yang dapat mendoakan kami Babah dan Mamanya. Yang boleh berjaya dunia dan akhirat.

Selamat Hari Lahir sayang Mama 🙂

13 thoughts on “Qayyum 9 Tahun”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge