Hari Pertama Sekolah

hari pertama sekolah

Salam Tahun Baru 2014. Hari kedua baru ada mood nak menulis. Menghabiskan saki baki cuti seminggu buat diri jadi lemau.

Tahun ini, Qayyum masuk darjah 4. Alhamdulillah…kat sekolah memang dia tunjuk macho lagi gagah. Peluk cium semua takmau.

Kalau diikutkan memang tak payah hantar sampai kelas pun. Ramai je mak bapak suruh anak berdikari tapi aku   perlu hantar sampai kelas Qayyum. Nak berkenalan guru kelas. Nak tau kelas Qayyum yang mana satu. Nak bayar yuran kelas. Dan paling penting nak bagi tau cikgu perihal Qayyum. Kalau sukan tak boleh yang lasak-lasak. Sukan ringan-ringan bolehlah. Dia tak sakit pun cuma pada sesiapa yg sentiasa mengikuti perkembangan Qayyum mesti tahu.

Gambar wajib sebelum ke sekolah 🙂

Selalunya aku yang akan copkan tempat untuk Qayyum di dalam kelas. Memang aku selalu suruh duduk depan-depan. Alhamdulillah, tahun ni cikgu dah siap-siap copkan tempat untuk Qayyum. Tak payah berebut-rebut..hehehe..

Kakak Balqis pulak lepas jumpa kawan-kawan dia, ku tinggal pergi je. Dah jalani hari orientasi…pandai-pandailah….hehehehe….

Semoga kedua-dua anakanda aku akan lebih berjaya untuk 2014. Amin 🙂

14 thoughts on “Hari Pertama Sekolah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge