Qayyum 9 Tahun

Disember lepas adalah harijadi Qayyum. Memang tak buat birthday party pun. Tapi tak sedap hati plak tengok Qayyum yang teringin sangat nak sambut harijadi kat Pizza Hut.

Sambut alakadar jek dengan keluarga. Janji Qayyum gembira.

Kek mini Despicable Me! Kali ni Mak Jemah tak kuasa nak bancuh-bancuh tepung buat kek sendiri. Kedai tutup sementara sehingga diberitahu kelak. Mak Jemah muak buat kek. Mak Jemah beli je ready made. Senang.

Kenapa kanak-kanak suka potong kek? Ngeeee…

Semakin besar anak-anak…semakin susah untuk bergambar bersama. Nampak senangkan? tapi disebalik tabir..mak jemah kena jadi tarzan baru dorang ni nak bergambar bersama…

Adik-beradik lelaki dan perempuan tak sama dengan adik beradik perempuan sama perempuan. Dua beradik ni asyik bergaduh je kejenya. Kalau adik beradik lelaki sama lelaki…kaki tangan semua naik (gaduhlah..wrestling lah..) tapi adik beradik perempuan dan lelaki ni asyik gaduh guna mulut. Ada je bahan dorang nak balas membalas. Mak Jemah jugak yang pening…..

Bila mak sedara dan anak sedara lahir di bulan yang sama (Disember)..maka sharing is caring 🙂

Teman gaduh (^__^) Bila takde..sibuk tanya….

Wanita-wanita yang tak berana nak sepet kegilaan lelaki kami. Ngeeee!!!

Keluarga kecil kami 🙂 itupun tak lengkap…orangnya? Jangan tanya mengapa ek…

Kami suka memilih tema untuk sesuatu occasion. Kali ini kami pilih tema oren. Warna kegemaran Qayyum.

Jantung hati kita 🙂 Bila nak tambah yang ke 3? opsss…….

Cinta ini hanya untuk kamu semua 🙂

4 thoughts on “Qayyum 9 Tahun”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge