Kasut Getah Jelly Bunny

Mula tertarik dengan kasut getah Jelly Bunny bila lihat tanda harganya.

Ingatkan lebih kurang harga kasut getah Crocs. Sila percaya…Jelly Bunny lebih murah sangat-sangat dari Crocs.

Ajaklah suami/boyfriend anda laju-laju ke Jelly Bunny…hehehehehe…

Masuk je kedai Jelly Bunny kat One Utama , hati mulai tidak tentu arah. Semua cantik belaka. Harga dari RM29 dan ke atas.

Mak Jemah mula rambang mata hokey…ambil yang ni..cantik..ambil yang tu..lagi cantik…

Tiba-tiba rasa dah sama besar ngan teddy bear Jelly Bunny tu pulak…huhuhu…mak dah gemoksss…

Akhirnya aku rembat 3 pasang kasut getah Jelly Bunny. Satu untuk diri sendiri, satu untuk anak daraku dan satu lagi untuk hadiah harijadi adik kecikku. Beli 3 dapat diskaun 25%. Murah sesangatlah tu….

Ada yang cakap selesa pakai kasut getah Jelly Bunny ni. Ada yang cakap tak selesa..kaki akan melecet.

Bagi aku…kalau korang nak selesa, sila beli saiz lebih besar dari saiz kasut sebenar korang sebab kasut getah ni takkan besar-besar. Kalau beli ikut saiz sebenar kaki korang, ianya akan ngam-ngam…tu yang buat tak selesa dan melecet. Dan itu yang aku alami. Nyesal tak ikut kata promoter tu…Lagi satu kasut ni tak sesuai sangat untuk orang mengandong sebab dia anti slip (licin).

Tapi kan…aku lebih sayang ketat-ketat kasut Crocs Alice aku yang dah hampir 3 tahun bertahan. Walaupun agak mahal tapi berbaloi-baloi kot. Selesa dan tahan lasak.

7 thoughts on “Kasut Getah Jelly Bunny”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge