Ikan Baung Masak Asam

Abah aku memang kaki pancing. Dah banyak kali warning pun tetap degil. Kita ni risaukan kesihatan dia. Tapi kalau dah hobi…warning camner pun tetap takmau dengar.

Semalam abah gi mancing kat Sungai Perak katanya. Yang dapat adalah udang sekor..ikan baung 2-3 ekor.

Atas permintaan abah, akupun sianglah ikan tu. Abah suruh masak asam. Alamak! Aku memang tak biasa masak asam sebab tak berapa suka. Selalunya mak yang masakkan.

Gigih google resepi. Tadaaaaa….

IMG_20140119_113805

Maka terciptalah Ikan Baung Masak Asam Alin Marlini….hihihihi…tak taulah sedap ke idak….harap abah kits suka 🙂

7 thoughts on “Ikan Baung Masak Asam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge