Siapa Tak Sayang Suami

Dah beberapa hari kekeringan idea menulis. Asyik tulis surat kat klien dan Mahkamah je sampai kering ide nak menulis di blog. Entri nipun dah lama bersarang dalam deraf.

Hari ni nak cerita dari hati ke hatilah pulak.

Teringat satu kisah yang mana si isteri terlalu menyayangi suaminya. Setiap kali ada komen tentang suaminya, mesti dia kata “saya sayangggggg suami tau”.

Ye. Saya tahu…semua isteri mesti sayangkan suami kan tapi takyah cakap kat semua orang macam kau je sayang sangat laki kau.

Sebagai seorang isteri…semestinya rasa sangat sayang pada suami kan. Dah dia teman sebantal, teman dikala kesusahan, teman dikala kesedihan. Tapi berapa ramai suami yang memahami hati dan perasaan isteri. Hidup bersama berpuluh tahun pun belum tentu faham memahami kan?

Isteri sentiasa dambakan belaian suami. Isteri suka jika suami rajin peluk isteri tapi ada juga isteri yang tidak suka dipeluk begitu. Awas! Jangan peluk isteri ketika datang bulan. Silap hari bulan kena pelangkung plak nanti…hehehe..Orang datang bulan ni, memang mood tidak menentu. Rasa sampai nak terajang orang pun ada..

Isteri sukakan kejutan atau suprise. Ye. suka sangat-sangat. Isteri sangat suka bab terkejut-kejut ni. Lebih-lebih lagi jika suami suka bagi hadiah-hadiah idaman hati isteri. Cair terus. Sayang abang ketat-ketat. Tapi berapa ramai suami yang mampu buat kejutan buat isteri? Kalau duit berkepuk-kepuk…hari-hari ada kejutan. Tapi kalau takde duit, asal tanya…semua simpan kat bank…lagi terkejut kot. Tapikan….tak payah buat kejutan yang sangat-sangat terkejut kot…kalau suami bagi coklat 5 hengget pun isteri dah senyum sampai telinga. Kalau bagi gelang Pandora…lagilah senyum keliling pinggang kot. Ngeh!Ngeh!

Tapi awas!!!

Janganlah bagi kejutan kat isteri dengan orang ke 2 plak. Yang ini memang isteri tak boleh terima. Mahu perang nuklear kot 🙂

Kebanyakan wanita atau isteri lebih suka memendam rasa. Mereka lebih suka mendiamkan diri dari terus bersuara. Bimbang bila lebih-lebih bersuara dianggap derhaka pada suami nanti. So, lebih baik diam lebih bagus tapi tidak baik untuk kesihatan. Tulah timbul meroyan di Twitter, Facebook dan laman sosial seangkatannya. Tapi ada juga yang berani bersuara. Mungkin mereka lebih berani.

Seorang isteri…perasaan sangat kasih, cinta, sayang sepenuh jiwa dan raga pada suami memang tidak dapat dinafikan. Bersama suami kita menyemai benih-benih cinta. Bersama suami kita mengharungi liku-liku kehidupan. Suami susah, isteri tolong. Isteri susah, suami tolong. Dua-dua susah????pandai-pandailah nak hidup….

Wanita atau isteri, sangat halus mulus jiwa. Nampak je boleh kontrol semuanya tapi sekali meletop. Korang taulah langit tu tinggi ke rendah. Lagi satu..wanita ni kadangkalah ada keegoaan yang sangat tinggi. Orang lelaki kena pandai tawan hati isteri masing-masing. Janganlah bini kau merajuk…kau buat dekkk jek…agak-agak dah cool skit…barulah pi pujuk bini tu. Pujuk janganlah pujuk kosong. Korang belilah apa yang dia suka. Macam karipap Ikea ke? Ais Krim ke? mesti dia sejukkkk…

Kita berdiam diri bukan bermakna mengalah. Kita lantang bersuara bukanlah niat derhaka. Kita diberi akal dan fikiran. Diberi didikan agama. Gunakanlah dengan rasional.

Ingatlah! Kenang kembali ketika detik kita melihat isteri kita sedang bertarung melahirkan benih cinta bersama. Putar kembali ingatan ketika kita mengazankan zuriat kita. Pasti ketika itu kita rasa sangat gembira da bersyukur dan tidak menyangka sekali bahawa yang lahir itu adalah anak kita sendiri. Lihat wajah-wajah kesayangan kita semua.

Jika anda sedang melakukan kesalahan pada isteri anda, masih belum terlewat untuk kembali ke jalan yang benar. Seberat manapun kesalahan yang anda lakukan, pasti jalannya. Kembali kepada yang Nyata. Hati wanita ni ibarat kerak nasi. Memang tidak dinafikan perumpamaan itu. Letak air…lama-lama jadi cair. Tawan kembali hati orang yang anda sayangi. Tidak mustahil yang payah itu akan jadi senang.

Berdoalah sebanyak mungkin. Tengah kerja pun boleh doakan. Tengok muka orang-orang yang kita sayangi. Jadikanlah semalam suatu kenangan yang sangat pahit. Jadikan hari ini lebih indah.Lebih bahagia dari semalam. InsyaAllah..ada jalannya.

Sayang-sayanglah isteri dan keluarga anda.

Pesanan Masyarakat dari Alin Marlini 🙂

 

8 thoughts on “Siapa Tak Sayang Suami”

  1. Rumahtangga bahagia memang menjadi impian semua orang, kalau ada pergaduhan kecil tu adalah asam garam rumahtangga, jadi dlm rumahtangga ni kena saling memahami antara satu sama lain. Moga kita semua dapat kecapi hidup yg bahagia. Perbanyakkan solat berjemaah sesama2 suami isteri. InsyaAllah rumahtangga kita jauh dari perkara yg x diingini.

    Merintis Mukjizat Dan Sunnah Dalam Minuman Harian http://khalifahmart.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge