1 Litre of Tears

Drama bersiri Jepun 1 Litre of Tears

Drama bersiri Jepun bertajuk 1 Litre of Tears sudah lama sebenarnya. Diterbitkan pada 2005 tapi aku baru jek berpeluang tengok. Ada 11 episod termasuk 1 episod khas.

Drama ini merupakan kisah sebenar Aya Ikeuchi yang berusia 15 tahun yang menghidap penyakit ataksia spinoserebelar dan meneruskan kehidupannya sehingga berusia 25 tahun. Skrip drama ini diambil dari catatan diari Aya Ikeuchi yang ditulis sepanjang berperang dengan penyakitnya sehinggalah beliau gagal memegang pen.

Drama ini dimulakan dengan kehidupan baru Aya Ikeuchi sewaktu melangkah ke semester baru. Dalam kegembiraannya, beliau mula mendapat beberapa kesukaran secara fizikal yang mana hanya disedari oleh ibunya. Walau bagaimanapun, suatu hari, beliau jatuh rebah di atas lantai dan ketika itulah, penyakitnya mula dikesan.

Kehidupan cinta pertamanya bersama Yuji musnah apabila Yuji seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan bahawa kekasihnya cacat. Akibat herdikan rakan-rakan sekeliling, Yuji membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Aya Ikeuchi. Aya Ikeuchimeneruskan kehidupannya dan bermulalah tarikannya kepada rakan sekelasnya yang pendiam tetapi mengambil berat akan dirinya, Haruto. Haruto terus-menerus memberi galakan kepada Aya Ikeuchi untuk terus berjuang dan dalam diam, mereka berdua menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Percintaan mereka dihalang oleh ayah Haruto yang juga seorang doktor di hospital tempat Aya Ikeuchi mendapatkan rawatan.

1 Litre of Tears

Sebuah keluarga yang sangat bahagia pada aku. Pada mulanya memang ada sifat dengki mendengki di antara adik beradik. Pabila mendapat tahu Aya mendapat penyakit yang tiada ubatnya, adik beradik Aya mulai saling bantu membantu.

Sepanjang 5 hari aku menonton 11 episod 1 Litre of Tears, memang sepanjang 5 malam tu jugak aku mengalirkan air mata. Dari episod pertama hingga episod akhir + 1 episod khas.

Melihat betapa tabahnya seorang Okaa-San (Ibu) yang sentiasa berada disisi Aya yang semakin hari semakin tidak bermaya. Selalu tersenyum. Selalu memberi kata-kata semangat. Jika aku? mungkin aku akan menangis meratapi. Ye. Aku tidak sekuat Okaa-San Aya.

Teringat satu babak yang mana doktor Aya, Doktor Hiroshi Mizuno telah memberi cadangan untuk memohon kad OKU (Orang Kurang Upaya) kepada Okaa-San Aya. Dengan adanya kad OKU kelak, lebih memudahkan keluarga Aya membeli kerusi roda atau peralatan lain dengan percuma ataupun separuh harga. Apabila Otou-San (Ayah) Aya mengetahuinya, Otou-San berasa sangat marah dan menyatakan anaknya, Aya bukan orang cacat. Dia masih mampu untuk membelinya dengan wangnya sendiri tanpa sebarang bantuan kerajaan.

Jawapan yang sama dari suamiku ketika Qayyum kemalangan 4 tahun yang lalu. Memang kami kekurangan wang untuk membeli wheelchair atau kerusi roda. Tapi alhamdulillah, berkat bantuan warga kerja SRL & HSK, akhirnya  dapat jugak kami membeli wheelchair bagi memudahkan pergerakan Qayyum semasa membuat follow up dengan doktor. Maklumlah, wheelchair di PPUM agak terhad. Ada masa suami terpaksa mendukung Qayyum sehingga ke bahagian klinik orto.

Dan paling menyedihkan apabila suamiku berkata, bahawa anaknya tidak cacat…tak perlu mohon belas simpati. Masih ada yang lagi teruk dan memerlukan.

Alhamdulillah, semakin hari Qayyum semakin kuat kakinya. April ni nak follow up check up lagi. Cuma yang agak membimbangkan sekarang ni, parut kakinya berdarah kembali. Melecet barangkali. Semoga baik-baik aja hendaknya.

Aya Ikeuchi

Inilah wajah mendiang Aya Ikeuchi yang sebenarnya. Kisah tabahnya masih segar sehingga ke hari ini.

sumber : wikipidea

16 thoughts on “1 Litre of Tears”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge