Kenapa Perlu Diet Jika Berat Badan Dah Ideal?

Semalam tunjuk makanan sedap-sedap. Makan hingga tak hengat dunia. Hari ini mula rasa insaf. Dah lama insaf tapi tak boleh tengok makanan sedap terus tak boleh tahan ­čÖé

Oleh yang demikian, mari mula diet/tahan makan. Mesti korang selalu dengar kata-kata begini kan?

“Badan dah kecik/kurus, kenapa nak berdiet lagi?”

Adakala kita kena faham konsep orang yang sedang berdiet. Kadang-kadang orang tu tak makan seperti selalu mungkin sebab sedang berdiet. Ada jugak yang sedang kurangkan makan. Ada juga yang makan makanan berkhasiat je. Ada juga sedang membuang lemak tepu..itu akulah…

Everyday Cartoon People

Sebab apa aku nak diet?

  1. Berat badan dah bertambah.
  2. Perut dah buncit.
  3. Pinggang dah kembang.
  4. Peha dah lebar.
  5. Lengan dah membesar macam Popeye.
  6. Nak kurangkan kolestrol/lemak dalam badan.

Dapatkan Teknik Bakar Lemak Terpantas Disini

Bila umur makin meningkat, kita akan rasa satu perubahan iaitu badan semakin naik. Nafsu makan makin membuak-buak. Tapi Awas! Ianya akan berlaku pada baka/keturunan yang zaman muda kurus melidi bila dah berusia membesar bagai johan. Peluang untuk baka/keturunan yang memang sejak azali kurus melidi akan membesar bagai johan adalah sangat tipis. Kalau ada pun tak ramai. So, korang yang mempunyai baka/keturunan kurus…selamat. Akulah yang tak selamat tu….

Lepas makan tidur…lepas makan lepak..haruslah perut kita akan muncit kan. Macam perut aku. Jogging setahun 8 kali je kot. Sit up malas. Warm up lagi malas. Sudahnya perut aku makin ke depan macam orang mengandong. Ku iyakan je bila orang tanya.

Bila perut dah ke depan, pinggang mesti kembang jugakkan. Dulu saiz seluar aku 26-27 kot…sekarang 30 kot….huhuhuhu…sedeh beb.

Dari atas dah kembang…yang bawah mestilah lagi kembang kan. Bab peha aku yang dulu kurus melidi sekarang dah macam batang kelapa kot. Padan muka. Siapa suruh malas exercise!

Bab yang aku tak boleh nak terima, bila lengan aku tiba-tiba membesar macam Popeye. Serius. Makcik yang selalu urut aku tu kata macam tu. Patutlah aku selalu sakit bahu sampai ke lengan. Banyak darah tersumbat rupanya.

Dan aku rasa-rasa mungkin ada kolestrol terlarang dalam badan aku. Aku kena buang. Silap haribulan kena heart attack plak nanti. Mintak dijauhkan…

Tapi aku tak boleh ikat perut sangat…boleh mati wooooo……apa yang aku buat aku amalkan cara diet Atkins. Aku suka sebab sangat mudah dan kos juga tidak mahal sebab selalunya orang berdiet ni mahal kosnya kan….

Klik Sini Untuk Teknik Kurus Dengan Atkins 

Kesannya? ┬áhehehehehe…tunggu 2 minggu lagi…..

8 thoughts on “Kenapa Perlu Diet Jika Berat Badan Dah Ideal?”

    1. hahahaha..kak…alin pun dah naik tu yg risau sb ada potensi nak naik lagi sb faktor umur…jgn maka nasi kak…tapi alin buat masa ni makan sekali je sehari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge