Orang Jakun di Pavillion, Kuala Lumpur

Bila orang dengar aku baru pertama kali ke Pavillion, Kuala Lumpur…semua pakat dok gelak. Betullah…memang selama ni aku tak pernah sampai ke Pavillion lagi. Sungai Wang sudah…Bukit Bintang juga sudah…Pada aku mungkin Pavillion ni tempat orang-orang kaya. Sebab semuanya barang-barang branded kan….

Minggu yang lalu, aku dok merengek ngan encik suami agar bawak aku pi jalan-jalan di Pavillion. Tempat orang kaya katanya. Dah banyak kali kot ajak, dia buat bodoh jek…lagipun dia tak suka tempat yang ramai orang…rimas katanya…Tapi akhirnya mengalah juga demi bini tercinta. Takut bini muncung ler tuuu…hehehehhe….

Kami parking di Sungai Wang. Kalau parking kereta di Pavillion, pasti mahal harganya. Jadi kami jalan kaki dari Sungai Wang menuju ke Bukit Bintang lalu terus ke Pavillion.

H & M, Bukit Bintang

Family Potrait 🙂

Dari Sungai Wang kami terus singgah ke H & M Bukit Bintang dulu sambil cuci mata. Aku suka pin bunga yang baru beli di H & M. Menyesal tak beli semua warna.

Sephora, Bukit Bintang

Sementara menuju ke Pavillion, ternampak Sephora. Wajib singgah. 2-3 menjak ni memang suka sangat barangan make up di Sephora terutama lipstik. Cuma bukanlah brand Sephora. Aku lebih suka brand NYX..sebab murah 🙂

orang jakun di Pavillion, Kuala LumpurSampai jugak mak jemah ke Pavillion.Memang jadik jakun japlah. Pertama kali jejak kaki ke Pavillion. Mood raya cina masih ado..

Pavillion, Kuala Lumpur

Muka puas hati.

Pavillion, Kuala Lumpur

Banyak betul kuda comel 🙂 rasa nak bawak balik je. Anak bujang aku tu macam tulah perangai dia selalu bila nak berpotrait keluarga.

Memang macam-macam ada di Pavillion, Kuala Lumpur. Mak bapak je takde jual.

Aku siap cakap ngan encik suami, lenkali nak datang sila bawak duit ribu riban 🙂

16 thoughts on “Orang Jakun di Pavillion, Kuala Lumpur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge