Kasut Nike untuk Qayyum

Sebelum ni dah 4 kedai Al Ikhsan, 2 kedai Adidas, 2 butik kedai, 3 kedai sport shoes, 3 kedai Crocs dan beberapa kedai kasut kanak-kanak namun masih tidak berjumpa dengan sandle/selipar idaman untuk Qayyum.

Memandangkan Qayyum tidak boleh pakai kasut untuk masa yang panjang, aku kena cari sandle/selipar untuk keselasaan kaki Qayyum. Untuk pengetahuan, anak aku ni pernah mengalami eksiden yang menyebabkan ada bekas luka yang agak besar di belakang kaki kanannya.  Bahasa doktor keloid tak silap aku. Bila makin besar, ianya akan mengakibatkan kaki jadi gatal-gatal. Tu pasal Qayyum tak boleh pakai kasut bila jenjalan lama skit.

Akhirnya, masuk Parkson di Pavillion tempohari, terjumpa satu sandle yang memang sesuai untuk adik Qayyum. Terus capai. Rezeki Qayyum.

Kasut Nike Kanak-Kanak

Ada 2 warna je kasut Nike kanak-kanak di Parkson. Satu purple dan satu lagi oren/hitam.

Kasut Nike Kanak-Kanak

Baru selesa dia nak berjalan. Kalau pakai kasut takut melecet bekas luka kakinya nanti.

Kasut Nike Kanak-Kanak

Tapikan….Nike ni takde design baru agaknya. Asyik fesyen camtu je…mungkin di Malaysia designnya agak terhad.

Untuk anak kasut lebih mahal dari kasut mak bapak pun sanggup tahan. Janji anak selesa.

Aku pernah belikan adik Qayyum design yang sama cuma warna hijau masa umur dia 4-5 tahun kot. Masih ada lagi kasut tu…buat sentimental value 🙂

Dah terbayang-bayang sneakers Nike. Boleh buat kasut raya Qayyum 🙂

9 thoughts on “Kasut Nike untuk Qayyum”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge