Cara Atasi Anak Muntah

Dah dekat 1 pagi..tapi masih berjaga. Berjaga sebab temankan Qayyum yang asyik keluar masuk bilik air sebab muntah-muntah. Siang tadi pi kenduri…mungkin makan nasi minyak…tu yang perut Qayyum tak tahan. Da pesan ngan babahnya …jangan bagi adik nasi minyak tapi di bagi jugak…

Kesannya…dekat 5-6 kali masuk bilik air. Hati dah risau tak keruan. Ubat klinik dah habis. Si babah pulak dah berdengkur kepenatan. Perkara biasalah tu kan? Mak jugak yg tanggung sorang2..Redha jelah….

petua atasi anak muntah

Selalunya masa kecik-kecik dulu…kalau kami muntah-muntah…mak akan amalkan petua Tali Kasut.

petua ubat anak muntah

Ambil tali kasut yang dah digunakan, simpul 3 kali…bacalah selawat 3 kali disertai doa cepat sembuh dan ikatkan dileher anak yang muntah-muntah tadi…

InsyaAllah…akan berkuranganlah muntah anak anda.

Selain itu, aku ada google jugak petua atasi muntah ni…

Anda boleh buat air teh kosong tanpa gula dicampur dengan sedikit halia. Alhamdulillah…menjadi…

Hampir setengah jam menunggu…baru boleh lena tidur aku dan Qayyum.

P/s : petua Tali Kasut adalah amalan turun temurun keluarga IB Clan. Kita perlu berusaha mencari jalan penyelesaian..lebihnya Allah yang akan tentukan. InsyaAllah.

2 thoughts on “Cara Atasi Anak Muntah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge