Coach..Kegilaan Setiap Wanita

Tajuk memang tajuk makan hati namanya. Memang Coach sedang diminati ramai wanita abad ini. Aku sendiri tak pasti kenapa Coach menjadi kegilaan setiap wanita. Walaupun harga mencecah ribuan ringgit tapi orang masih mampu membelinya.

Teringat masa ke JPO tahun lepas, sedikit tidak terdetik untuk aku singgah ke butik Coach yang sememangnya penuh wanita-wanita yang penuh poketnya. Aku plak lalu dengan berlagaknya tanpa singgah. Tapi mula nganga bila sepupu sepapat bawak sorang 2 paper bag Coach. Walaweeei…aku terkesima beb! Menyesal tak sudah sampai ke hari ini. Orang kata design beg Coach di JPO tu adalah old season..tu sebab murah.

Lagipun aku ni jenis tak pandai jaga beg. Tak sampai sebulan pasti hancus nanti. Tapi bila aku jadi jatuh cinta dengan Coach sebab aku sedang mencari wristlet bagi memudahkan aku mencampakkan handphone, kad dan duit aku dalam satu tempat. Senang dibawa bila waktu lunch. Tapi masih berkira-kira nak membelinya. Mahal kot…dahlah kecik.

Tapi ku abaikan kekedekutan aku bila aku singgah butik Coach di One Utama..ternampak pinky wrislet. Tupun dah dekat 5-6 kali kot aku lalu lalang depan Coach tu. Malu beb…sedar diri duit tak berkepok dalam poket. Bila tengok orang macam ramai je dalam butik Coach tu..baru aku memberanikan diri masuk. Alasan…aku boleh belek-belek harga tanpa diganggu salesman/salesgirl kat situ. Nasib baik harga mampu milik.Ngeee…

Bila dah nampak pinky wrislet tu, aku mula menggedik nak membelinya. Tapi sayang seribu kali sayang, tiada stok. Yang ado display je. Kalau ko bagi aku diskaun 50% untuk display tu confirm aku beli. Takat orang dah belek-belek beribu kali, harga sama jugak baik tak payah. Aku masih boleh tahan nafsu 🙂

Coach, Pavillion Kuala Lumpur

Motif utama nak ke Pavillion adalah Coach. Ngeee!!Gembira hati makcik dapat Wrislet Coach idaman hati. #wishlist pertama untuk 2014 telah tercapai. Tak dapat beli yang ribu riban, yang ratus-ratus pun jadilah.

Coach, Pavillion Kuala Lumpur

Nasib baik anak dara ni tak merengek sama….kalau tak habislah babah dia….

Coach Pavillion, Kuala Lumpur

Wristlet Pinky Coach Idaman Wanita Macam Saya 🙂

Niat membeli adalah untuk kepuasan diri sendiri. Hasil penat lelah bekerja.

Next #wishlist ialah sling beg Coach pulak…tu pasal orang tua selalu pesan, jangan tak suka-suka…lama-lama jadi suka….

 

20 thoughts on “Coach..Kegilaan Setiap Wanita”

  1. aah kan. pelik bin hairan. byk betul duit dorang ni kan beli coach. klw beli online x nak ke. kat online pun cantik cantik.

  2. Kihkihkih….biar old fesyen asalkan coach..<~~~~ sedap kan hati sendiri sebab Abah belikan dari JPO dgn design hati dia…(sila bygkan design lelaki umur 57 tahun…kekekekekekekekekeeee….)
    Izwa recently posted..Rezeki AnakMy Profile

  3. Traditional and western designs can be brought from quite a few shops; or these days there is certainly so much offered on-line. Just commit some time organizing your outfits and quickly you’ll be making your own personal trends in muslim style.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge