Percutian ke Ho Chi Minh (Part 1)

Percutian ke Ho Chi Minh Dengan MAS Airline

Assalamualaikum. Masih terasa lagi kepenatan namun harus mengagahkan tangan ini untuk terus menulis.Terima kasih juga atas ucapan ulangtahun perkahwinan aku semalam.

Alhamdulillah pada 28 Feb, 1 & 2 Mac 2014 yang lepas, trip kami ke Vietnam ataupun Ho Chi Minh telah selamat pergi dan pulang tanpa sebarang insiden yang tidak elok. Untuk pengetahuan, ini adalah trip department opis aku bukan trip seluruh opis tau. Mesti ada orang yang akan salah faham, sebab kenapa asyik kami je yang gi jenjalan…orang lain dalam opis yang sama tak pergi pon. Untuk pencerahan, amalan ini telah diamalkan sejak 4 tahun yang lepas. Alhamdulillah, bekas bos aku (Y.A Abu Bakar Jais) dan bos (head of CMLT department) sekarang adalah seorang yang perihatin terhadap staff-staffnya (buat masa nila..hehehe). Mungkin ini cara dia untuk menghargai kami. Dengan sokongan padu bos paling besar, setiap tahun kami dilepaskan untuk bercuti mengikut bajet bos kami. Syukur. Mungkin rezeki kami buat masa ini.

Dan seperti biasa-biasa, pemergian kami memang tersimpan rapi tanpa pengetahuan staff lain. Bukan apa, tidak mahu ada yang rasa kecil hati dan kami juga tidak mahu berasa tidak senang hati sebab asyik kami jeeee yang jenjalan. Tapikan….selama manapun rahsia disimpan, ianya akan terbongkar jugak. Takpelah…kami redha. Siapa yang kenal rapat dengan aku, pasti dorang tahu sikap aku macamana. So, dorang tak boleh marah kenapa aku tak bagitau dorang. Lagipun nanti korang kirimmmm…..hehehehehe…Tapi bila semua dah tahu menjelang pemergian kami, biarlah tahu semua. Redhakan aje 🙂

Trip ke Ho Chi Minh ini telah dirancang dari Ogos 2013 lagi. Bila bos (Encik Helmi) suarakan tahun depan nak kemana? Masing-masing sibuk nak ke Ho Chi Minh pulak. Frust…sebab masa di Beijing tahun lepas tak banyak tempat shopping….

Kami menempah tiket dengan MAS Airline. Tempah seawal bulan Ogos 2014 dengan harga RM556 seorang.

Kami berlepas satu group dulu sebab bos tak bagi biar department kami kosong. Group pertama seramai 7 orang sebenarnya tapi memandangkan Nisa tidak dapat pergi sebab ada masalah peribadi, tinggal 6 orang. Bos (En Helmi) pulak sampai hari sama dengan kami cuma waktu berlainan sebab ada court case. Group kedua akan berlepas keesokan harinya pulak (Sabtu) seramai 2 orang.

Seawal 5.30 pagi, kami berkumpul di KL Sentral untuk menaik ERL Ekpress. 2 kali perjalanan berharga RM70.00 memakan masa cuma 28 minit sahaja. Memang mudah dengan menaiki ERL Ekpress. Kita boleh check in beg terus. Tau-tau…beg dah ada dalam kargo flight.

Usai solat Subuh, kami breakfast terlebih dahulu. Flight kami pukul 9.05 pagi dan dijangka sampai jam 10.00 pagi. Fuhhh!!!!nervous nak naik flight….hehehehehe…

 

Perjalanan ke Ho Chi Minh mengambil masa 1 jam lebih. Tak sempat habispun tengok movie….

Sampai sahaja di  Tan Son Nhat Airport, lega rasanya. Alhamdulillah..sampai jugak kami di Ho Chi Minh.

Kami kesana tidak menggunakan tour guide. Berpandukan google dan research yang tak sampai sebulan…kami tawakal je. Redah sendiri jelah…

Memang ramai gila ketika pemeriksaan imegresen. Hampir 1 jam kami di situ. Bila dah selesai semuanya, lihat orang kat luar airport tu punyalah ramai. Perasan macam artis plak…hehehehhe…

Kami pun melilau-lilau mencari teksi. Cari punya cari…sorang mamat yang yang berbaju putih memperkenalkan diri sebagai driver teksi. Pada mulanya aku takut gak, maklumlah kali ini aku diberi tugas sebagai leader. Aku pesan ngan kawan-kawan supaya cari teksi Vinasun atau Saigon Air. Aku dah selidik dan tanya kawan-kawan yang pernah ke Ho Chi Minh. Selepas mamat tu tunjukkan kad teksi dia, baru percaya sikitlah. Kami disuruh naik macam van. Pelik gak kenapa takde tulisan Vinasun tapi kawan-kawan aku semua macam yakin je. Aku pun follow jelah…

Lepas kami masuk dalam van, mamat ni suruh bayar dulu. Sudah!!!kami aku mula cuak. Tapi dah naik kenalah bayar. Silap haribulan kena makilah pulak kami…Agaknya dia tau kami takut kena kelentong dia tinggalkan kad dia. Kena bayar 780,000 VND. Aku rasa memang mahal sorang dalam RM21.00. Tapi dah terlanjak..nak berundur pun tiada gunanya.

 

Perjalanan ke hotel mengambil masa 40 minit. Masing-masing teruja sebab majoriti disana menggunakan motorsikal. Kereta boleh dikira dengan jari.

Nota : Kepada pengomen paling mesra, paling havoc dan paling popular bulan Mac & April akan dapat saguhati comel dari kite 🙂

 

8 thoughts on “Percutian ke Ho Chi Minh (Part 1)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge