Hotel di Ho Chi Minh

Sebenarnya korang mempunyai banyak pilihan hotel dari yang murah hingga yang mahal. Macam kami, kami dah listkan beberapa hotel yang berdekatan dengan tempat-tempat shopping. Biar bos yang tolong pilihkan. Akhirnya bos pilih Kingston Hotel.

Seminggu sebelum berangkat, bos kami dah booking melalui agoda.com. Terima kasih bos sebab taja hotel dan flight untuk kami. Belanja makan lagi.

Memang pada mulanya, bos kata nak taja tiket flight je…hotel dan transport sendiri-sendiri. Tapi agaknya dia rasa bersalah kot…langsung taja semuanya kecuali duit poket. Semoga bertambah murah rezeki bos 🙂

Kami tiba di Hotel Kingston lebih kurang jam 11.40 pagi waktu Vietnam (12.40 tengahari waktu Malaysia). Waktu di sana lambat sejam dari waktu Malaysia. Waktu check in adalah jam 2.00 petang waktu sana. Sementara menunggu bilik yang lain kosong, kami diberi satu bilik dahulu.

Kingston Hotel di Ho Chi Minh

Satu malam penginapan di Hotel Kingston berharga RM151.00++ (Superior Twin Room)

Hotel Kingston di Ho Chi Minh

Nasib baik penyambut tetamu hotel ni boleh bertutur dalam bahasa inggeris. Tapi berkerut-kerut dahi nak memahaminya…hehehehe

Hotel Kingston di Ho Chi Minh

Hotel Kingston di Ho Chi MinhBilik kami berdekatan je….maklumlah…kaum wanita ni selalunya penakut…

Hotel Kingston di Ho Chi Minh

Ada tv tapi bukanlah led ke lcd ke…ada mini peti ais dan peti besi juga disediakan 🙂

Hotel Kingston di Ho Chi Minh

Bilik air kami ….

Hotel Kingston di Ho Chi MinhBilik air orang lelaki di sebelah….

Hotel Kingston di Ho Chi MinhNampak macam single je katil ni kan…tapi kalau orang kurus…boleh tidur 2 orang…hehehe.

Dan paling penting ada wifi dalam bilik. Memang suka sangat. Sesampai je terima whatsapp dar bos…tanya kami hotel okay ke tidak? Pengalaman hotel cikai di Beijing merisaukan bos kami…hehehehe…Memang sangat okay Hotel Kingston ni…

Kami berehat-rehat sebentar tapi kaum wanita memang tak boleh rehat lelamer…dah tak sabar nak melabur duit. Sebelum shopping, kami nak keluar cari makan dulu…….

Untuk pengetahuan korang, jika mahu ke Pasar Ben Thanh dari Hotel Kingston cuma 40 meter dan mengambil masa 5 minit je dengan berjalan kaki.

Tips : Sebenarnya ada banyak hotel lagi yang 2-3 minit dengan Pasar Ben Thanh tu. Antaranya Hotel An Tam, Hotel Saigon Pink 2, Hotel Hoang Long2, Hotel Gia Huy dan banyak lagi. Tak silap saya sepanjang hotel ini dikenali sebagai Malaysian Street sebab dah memang macam kat Malaysia jek. Kalau korang duduk area situ memang haven giler nak shopping. Asal beli je, hantar barang kat hotel…pastu turun sambung shopping lagi…

*bersambung….

Baca juga : ~Percutian ke Ho Chi Minh Dengan MAS Airlines

17 thoughts on “Hotel di Ho Chi Minh”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge