Semoga ada keajaiban buat MH370

Tinggalkan dahulu cerita Ho Chi Minh…

Tinggalkan dahulu cerita Sepetang Bersama Blogger 2014 siang tadi…

Umum sudah tahun kehilangan pesawat MH370 yang menuju ke Beijing siang tadi.

Kalau tak salah aku..pesawat MH370 itu jugaklah yang membawa aku dan sahabat-sahabat ke Beijing tahun lepas.

Tidak dapat ku bayangkan bagaimana perasaan penumpang dan anak kapal ketika kejadian kecemasan itu? Pasti tidak tentu arah..walaupun mereka telah dilatih untuk bersedia segala kemungkinan.

Sedangkan ketika menaiki MH750 ke Ho Chi Minh, kami bersungut sebab pilot tak berapa pandai nak landing….punyalah terhentak kuat….inikan pula kecemasan di ruang langit yang mega….

Dari siang hingga ke tengah malam asyik menunggu-menunggu berita dari televisyen. Harapan masih menanti harapan.

Ada beberapa blogger siang tadi yang mempunyai talian darah dengan mangsa-mangsa. Kemeriahan majlis langsung jadi kegundahan.

Ada juga yang sempat bergurau senda. Tolonglaahhhh….cuba korang bayangkan yg korang ada dalam pesawat tu? Dahlah bila tunjuk cara-cara nak selamatkan diri waktu kecemasan korang buat dekkk jekkk….termasuk aku….lepas ni kena alert untuk kecemasan bila naik flight….

Tak dapat ku bayangkan perasaan kaum keluarga mangsa. Sudahlah hilang….tidak dapat dikesan pulak. Berbagai-berbagai spekulasi yang aku baca.

Tapi kita harus percaya qada’ dan qadar Allah. Mati itu pasti. Jika itu ketentuannya…sejauh mana kita berlari…secepat itu ia mengejar kita. Sedih kot…walaupun aku tiada talian darah…namun naluri kemanusiaan masih berbisa…..

Marilah kita terus berdoa agar satu keajaiban akan berlaku. Semoga mereka selamat ditemui.

#PrayForMH370

7 thoughts on “Semoga ada keajaiban buat MH370”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge