Kerana Bisul

Assalamualaikum….hampir 9 hari tanpa sebarang entri. Tertangguh cerita Ho Chi Minh. Ternanti-nanti cerita Sepetang Bersama Blogger 2014.

Aku memang begini. Selalu terkesan dengan sesuatu peristiwa. Makan masa nak pulih.

Mood ke lautan Hindi agaknya….

Hari ini baru ada kekuatan untuk mencurah rasa kembali. Harap masih ada yang sudi baca.

Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan peristiwa kehilangan pesawat MH370. Sehingga ke hari ini masih tiada khabar berita tapi lebih banyak cerita-cerita yang kurang enak didengar dan dibaca. Tak perlulah nak masuk campur kot. Lebih baik teruskan berdoa agar krew dan penumpang-penumpang MH370 dijumpai dengan selamat.

Keseronokan berjumpa teman-teman alam maya di Sepetang Bersama Blogger 2014 pun tak sempat diluahkan. Bukan merajuk tidak bertuah pada hari itu tapi merajuk untuk menulis seketika. Emosi tidak stabil nanti penulisan pun akan bercelaru.

Tidak habis dengan itu, kerisauan bertambah pulak bisul yang melarat-larat di kaki Qayyum. Pada mulanya tumbuh sebiji di betisnya, kemudian melarat-larat di bekas luka kakinya dulu. Mak akulah paling risau dengan cucu kesayangannya. Qayyum ni jenis taknak bercerita…bila dah merebak-rebak baru nak cerita. Dan aku macam biasalah…kekadang terlepas pandang. Bila mak aku dah bising-bising suruh bawak pi hospital…akupun kelam kabut mintak cuti dengan bos.

Minggu lepas adalah minggu ujian untuk tahun 4,5 & 6. Disebabkan dari Selasa hingga Khamis…ujian masih dijalankan….aku paksa Qayyum bertahan sehingga ujian habis. Memang dia ada mengadu ngan aku, tak larat nak naik tangga ke kelas aku paksa jugak. Sedihnya hati aku mendengar…Tuhan saja yang tahu. Yela….bekas lukanya dulu dah mula bernanah. Aku tak pasti samada bisul dah membiak ke situ ataupun punca kegatalan.

Tanpa berfikir panjang, Jumaat lepas aku bawak Qayyum ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh. Nak cuba ubat hospital kerajaan pulak sebab ubat klinik tak jalan pun.

Doktor kata memang bekas luka yang agak tebal akan mengalami gatal-gatal dan berair ataupun luka sebab kulit makin lama makin tegang. Ya! Allah…kesiannya Qayyum terpaksa tanggung semua itu. Tapi dia tak tunjuk kesakitannya depan aku.

Penyakit Bisul

Aku memang dah lama tidak ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh. Servis di sini semakin laju. Satu bilik ada 2 doktor yang sempoi giler.

Demi Kasih Seorang Babah

Babah tolong dukungkan sebab tak larat nak berjalan.

“Ingatlah anak tentang kasih sayang babahmu ini. Mungkin suatu hari nanti, kamu jugak akan mendukung babahmu seperti begitu”

Tips supaya anak mudah telan ubat

Tapi bab makan ubat ni…memanglah seksa sangat. Yelaaa….orang dewasa nak telan ubat pun payah jugak. Inikan pulak budak berumur 10 tahun. Memang aku pun nak menangis menahan marah bila nak bagi Qayyum makan ubat. Seksa! Kena buat ajaran songsang baru boleh makan ubat. Kalau pagi nak makan ubat, kena selitkan ubat dalam cococrunch. Tengahari plak sorok dalam nasi. Petang plak sorok dalam roti ke…cheese ke…adohyaiii ….anak…..

Alhamdulillah…bila makan ubat Hospital Kerajaan…baru serasi dengan Qayyum. Kakinya yang bernanah makin kering sedikit. Bisul yang baru nak tumbuh di peha dan lutut pun makin kecut. Lepas ni memang kena pantau makan. Dan nasib baiklah Qayyum bukanlah penggemar seafood macam aku. Kalau tak nanti…tengok orang makan ketam…meleleh air liur….hhuhuhuhuhuhu….

Terima kasih buat insan-insan yang selalu mendoakan kesihatan Qayyum terutama adik Ieyla dan Lela (Norlaila Kamarudin). Kadang-kadang tu kita tunjuk kesedihan kita bukanlah menagih simpati cuma berkongsi rasa.

Tips untuk elak dari kena bisul :

Jangan biarkan anak-anak anda bermain pasir/tanah.

*Bisul di badan nampak…bisul di hati ????

8 thoughts on “Kerana Bisul”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge