Kenangan Sepetang Bersama Blogger dan Yeos’s 2014 (Part 1)

Mungkin aku insan yang terakhir update tentang kisah Sepetang Bersama Blogger 2014 anjuran Denaihati.com dan sponsor-sponsor yang dilangsungkan di Saloma Bistro, Jalan Ampang, 8 Mac yang lepas.

Memang aku tergedik-gedik nak gi sampai hasut beberapa sahabat alam maya yang lain untuk turut terjebak. Maklumlah…pertama kali nak join kot. Terima kasih Kak Cik Seroja dan KC Ella sebab sudi join. Terkilan tak dapat jumpa Kak Yan. Kak Yan tak dapat join atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada mulanya memang memasing macam memalu gitew. Aku ni nampak je brutal tapi malu yang amat. Kalau orang tak cakap banyak…aku pun jadi tak banyak cakap.

Malam sebelum tu dok whatsapp2 KC Ella. KC pun malu-malu kucing dan hampir taknak pergi. Akupun buat-buat berani suruh dia gi gak..kalau tak..sapa nak kawan ngan aku kan….hehehehehe…

Aku tumpang KC Ella untuk ke Saloma Bistro. Rumah KC ngan rumah aku satu taman jek. Kami kenal pun melalui alam maya (blog). Kecikkan dunia ni. Jumpa Kak Chik secara live pun kat rumah Kak Chik Ella.

Sampai je di depan Saloma Bistro, tangan dah mula sejuk-sejuk. Akukan penakut. Nasib baik ada KC…kalau aku sorang…mau terkebil-kebil kot. Ramai giler blogger masa tu. Ada yang kenal…ada yang tak kenal. Orang pertama yang disapa adalah Ejam Othman dari blog EjamOthman.com. Aku kenal sangat muka dia. Diakan tokey kain pelikat 🙂 Namun sayang sekali tak sempat nak berpossing sesamer.

Kemudian selepas daftar, barulah jumpa blogger-blogger yang biasa bertegur sapa di alam maya. Dari kiri sebelah aku : KC Ella, Nadhirah dari blog Nadirakushari.com (baru kenal) & Kak Ogy dari blog Ogy Jemari Seni. Kenal Kak Ogy dari blog masa Seminar Buat Duit Dengan Blog tahun lepas.

Inilah Darling Pya ataupun Acu (baru kenal). Si jejaka tu mesti ramai dah kenal kan. Yeop Mazri. Dalam facebook kemain ramah tamah kita kan….face to face keras kematu…speechless katenye….Tak sio-sio yeop datang #SBB2014. Yeop di antara orang yang bertuah…dapat iphone lagi…sampai nenangis yeop kan…kak alin faham perasaan yeop tu…kak alin pun pernah rasakan…terharu…terkejut…

Dapat lagi 2 orang kawan baru. KC, Aku, Ustazah Aini, Kakak ni lupa plak nama dia (baru kenal) & Ayu (baru kenal). Memang dorang ni peramah dan famous.

Sepetang Bersama Blogger 2014
Credit Picture : Myra MJ 🙂

Dah 2 kali jumpa Myra MJ. Ya! Ampun…dengan Myra kita kita tak malu pun. Ramah sangat dengan loghat Penang dia. Husband diapun sangatlah sporting. Sampai terlupa kiriman barang kita kan???hehehehe….

Akhirnya….dapat jugak jumpa blogger lelaki yang famaous amous abad ini. Ben Ashaari. Jujurnya tidaklah hari-hari aku skodeng blog Ben ni…cuma kekadang jek. Tapi aku kagum dengan Ben sebab dengan dunia blogging…dia mampu menanggung kehidupan dia.

Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo's 2014Masuk je dalam dewan, lagilah seram sejuk. Aku ditempatkan dimeja no. 8. Aku memang bawak list peserta-peserta dan memang aku tak kenal sorang pun. Geng-Geng mak jemah semua duduk meja lain. Ada yang bernasib jumpalah satu geng. Dan aku sensorang jelah. Dari 10 tempat duduk tu…yang duduk cuma 5 orang je…tak lama tu datang lagi 2 orang. Dan aku tak kenal dorang dan dorang pun tak kenal aku. Aku tak kisahlah…aku redah jelah….Kalau dorang diam…aku diam…kalau dorang ramah aku ramahlah…hehehehe…Bukan sombong tau tapi pemalu. Nasib baik yang duduk sebelah aku ni baik budaknya. Tak sombong dan selamber je layan aku. Dia siap salin nota lagi….good girl 🙂 Selamat berkenalan adik Nur Atikah dari mynameika.blogspot.com. Sorang lagi adik manis yang baru ku kenali ialah Ain dari aienhermionie.com. Rupa-rupanya dia datang bersama geng Muja. Ada 2 orang brother lagi duduk semeja ngan aku. Yang sorang ni bro Sham dari shamphotography.com. Orang rumah dia pun blogger jugak dari blog www.vitamin4kesihatan.com (Cheq Eem). Sorang lagi brother tak bertanya pun nama sapa sebab nampaknya dia pun buat dek jek…aku pun buat dek jelah..Akukan pemalu. Yang 2 lagi…tak payah nak tanyalah…hehehehe….Paling best dapat minum air Yeo’s Free 🙂

Sepetang Bersama Blogger 2014
Credit Picture : Aimie Mokhtars (terima kasih sudi share gambar :))

Abang otai blogger sedang berucap. Aku memang kagum dengan Abang Denaihati. Orangnya humble jek. Dan sayang seribu kali sayang, tak sempat nak mintak autograf. Ngeee 🙂

Majlis diselang seli dengan pelbagai acara. Pihak Yeo’s juga menyediakan pelbagai permainan. Aku beri sokongan dari belakang jelah. Dan paling best bila lelaki terkacak buat persembahan. Selalu aku tengok gak kemerapuan dia kat blog dia. Hari tu aku dengar secara live. Tiba-tiba aku rasa kagum. Kagum giler! Gua kagum dengan lu Boni Kacak! Best kot dia nyanyi…sampai Qayyum kata artis mana tu Mama????hehehehehe….Dan gua sedih tak dapat possing ngan lu…..

Selain itu, dapat dengar pengalaman otai-otai blogger berkongsi pengalaman. Memang bukan mudah untuk menjadi mudah. Banyak pengorbanan perlu dikorbankan seperti pengalaman Abang Zarul Umbrella, Kak Redmummy, Hazman Fadzil, Ben Ashaari…malah Abang Denaihati jugak. Masing-masing ada cerita tersendiri.

Sepetang Bersama Blogger 2014
tumpang pinjam gambar 🙂

Lihatlah blogger Malaysia. Ini sebahagian je kot….Cuba cari aku kat mana???

Akhir kata, diucapkan syabas buat semua orang belakang tabir macam Abang Denaihati , Shakiddo & Melastik Bintang yang terlibat dengan Sepetang Bersama Blogger 2014. Bukan senang mahu mengumpulkan semua blogger di Malaysia kan..Walaupun diriku tidak bertuah, tidak pernah sekalipun menyesal untuk attend untuk 2015 nanti. Salam perkenalan buat blogger-blogger yang baru kukenali. Salam erat kasih sayang buat blogger-blogger yang sudah lama kukenali dan baru jumpa di Sepetang Bersama Blogger 2014. Kenangan manis ini akan tersimpan rapi dalam hati dan blog picisan ini. Semoga ikatan persahabatan kita tidak terhenti cuma di alam maya. Syabas buat team Sepetang Bersama Blogger 2014.

p/s : bersambung part 2…..

 

23 thoughts on “Kenangan Sepetang Bersama Blogger dan Yeos’s 2014 (Part 1)”

  1. Nasib baik yang duduk sebelah aku ni baik budaknya. Tak sombong dan selamber je layan aku. Dia siap salin nota lagi….good girl Selamat berkenalan adik Nur Atikah dari mynameika.blogspot.com.

    **plz bgtau kawan kawan yg saya ni peramah dan baik ye… =P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge