Kenangan Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo’s 2014 (Part 2)

Sambungan dari Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo’s 2014 (Part 1)….

Saja je buat banyak bahagian. Ada gak yang tanya mana gambar dorang? hehehehe…sabar ek. Part 2 aku akan memperkenalkan blogger-blogger yang possing ngan aku masa #SBB2014.

Tapi rasa ralat jugak sebab ada jugak blogger yang tak sempat possing terutama Kakcik Juriah. Jikalau ada insan-insan yang ambil kami bersama…pm aku ek..

Dapatkan 37 Teknik Idea Untuk Menulis Disini!

Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo's 2014Pertama kali berkenalan dengan dua adik manis Ieka dan dihujung yang sweet tu Ain 🙂 Ieka kata dia baru pertama kali join #SBB2014. Macam aku gak. Bezanya aku dah 2 kali attend majlis anjuran abang Denaihati. 2-3 minit kemudian Ain terus hilang. Mesti lepak ngan geng dia tu…dan aku terus jadi peneman Ieka walaupun KC Ella suruh duduk ngan dia. Aku tak sampai hati nak tinggalkan Ieka sorang-sorang. Kesian kat dia plak. Maka duduklah kami berdua-duaan disitu. Masa time makan tu ada gak orang dok sapa-sapa…jalan dari meja ke meja. Aku dengan Ieka masih setia duduk kat meja No. 8 tu. Aku malu…Ieka lagilah malu kan?hehehehehe…mana yang sempat post kat FB tu…aku suruh datang meja No. 8.

Ini pulak adik manis yang sanggup cari akak sampai ke meja no. 8. Adik Norlaila. Kecik molek je orangnya. Terima kasih adik manis selalu tegur-tegur akak di alam maya. Dan akhirnya bertemu juga di alam realiti. Sila bagi nama blog yang terperam lama tu…

Rasa sedey giler…bila gambar ngan Kak Hanny dari Diarymama.com blurrrr…..huhuhuhuhu…tapi nak letak jugak….aku tau dia macam terkejut sebab aku boleh cam dia. Hehehehehehe……

Masa dah nak balik tu…akupun ajak Ieka pi berkenalan dengan blogger-blogger yang aku kenal. Nampak pulak kakak yang kecil molek ni…Kak Akma Omar dan Azuan Razi. Tak kira…nak jugak possing…..kali kedua jugak kami jumpa. Pertama kali jumpa masa #SBDdB13 masih belum kenal sangat.

Mestilah ada gambar kita berdua. Tupun tanya Ayu Jean…yang baru kukenali jugak. Sebenarnya dari pagi macam dah perasan kelibat SA dari blog Suria Amanda tapi konpius dan was-was. Betul tu SA ke idak…hehehehehe…Dah nak balik baru jumpa. Masing-masing dah keletihan…..jumpa jugak kita akhirnya….

Dan akhirya jumpa jugak hot mama yang comel ni…Mrs Fiza isteri kepada Cikgu Naman. Tinggi lebih kurang jek tapi Fiza nampak comel sangattt…

Dan…..paling tidak ku duga…aku disapa oleh Cik Tom. Rasa nak melonjak-lonjak. Suka sangat. Selama ni aku rajin tanya dia macam-macam bab blog dan dia pun rajin je layan aku…hehehehehe…terima kasih bebanyak ye Cik Tom 🙂

Aku memang tercari-cari adik sorang ni (berbaju biru laut). Dalam blog nampak macam tinggi orangnya…rupa-rupanya kecik molek je orangnye. Siapa yang tak kenal dengan Muja dari www.mujadafewa.my kan? Adik-adik yang lain sila beri link korang ek….

1890431_666435643413320_461343554_o

Kalau tak #selfie memang tak sah bersama Bro Framestone ni…..aku pun sempat menyelit. Antara blogger yang aku kenal dalam gambar ni ialah Suri Hatiku, Cik Tom, Syukri…tu je aku aku kenal…yang lain sila perkenalkan diri…

Aku bukanlah pengguna Sendayu Tinggi atau Jamu Ratu. Tapi aku kagum dengan kisah hidup wanita berhati waja ini. Dan sesungguhnya aku jeles dengan Rozita Ibrahim. Di usia 50-an…tetap maintan. Memang ramping giler kot dia. Sempat peluk-peluk ngan dia. Orangnya sangat humble dan baik hati. Dia pun ada blog Rozita Ibrahim. Masa bergambar ramai-ramai aku memang tersepit betul-betul belakang dia. Puas lah dia suruh aku ke depan tapi aku tetap menyelit belakang dia. Nak amik aura…katanye….(^_^) Tiba-tiba nak makan jamu plak…hehehe…

Akhirnya jugak….dapat jumpa dengan Mak Merah kita…Redmummy 🙂 Memang mak merah nampak sombong tapi tak sebenarnya….sangat sporting….

Kali kedua jumpa Abang Zarul Umbrella. Memang dia nie super duper sporting. Walaupun hati dia sedang berbalam-balam dengan berita kehilangan pesawat MH370 namun tetap cool melayan blogger-blogger yang nak possing ngan dia. Sampai habis majlis Abang Zarul still bersama-sama blogger-blogger di Saloma Bistro. Kalau suara aku sedap…teringin nak berduet ngan Abang Zarul 🙂 wakakakaka…..

Itu adalah di antara blogger-blogger yang selalu bertegur sapa di alam maya. Seronoknya dapat jumpa face to face dengan dorang ni. Tapi tak dapat berborak pepanjang. Kenangan manis ini akan sentiasa tersemat dalam ingatan ini 🙂

InsyaAllah, panjang umur berjumpa lagi kita di tahun hadapan 🙂

15 thoughts on “Kenangan Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo’s 2014 (Part 2)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge