Pesawat MH370 disahkan berakhir di Lautan Hindi

Allahuakbar! Betapa luluhnya jiwa dan raga aku bila mendengar pengumuman dari Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi. Bahawa pesawat MH379 disahkan berakhir di Lautan Hindi. Berakhir atau terhempas?

Rasa ingin menangis tapi tertahan-tahan. Aku sendiri berasa teramat-amat sedih…apatah lagi keluarga penumpang dan krew MH370.

Ya! Allah….Ya! Rabbi….bagaimanalah keadaan mereka ketika kejadia agaknya? Betapa ketakutan melanda…Dimanakah mereka agaknya?

Tiada jasad untuk diratapi. Tiada kata-kata terakhir. Tiada tanda untuk dilawati. Hanya lautan nan luas jadi saksi. Tunjukkanlah…..

Aku masih harapkan keajaiban sebenarnya. Namun, kita kena percaya qada’ dan qadar Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Jika benar mereka telah kembali kepadaNya…semoga roh-roh mereka bersemadi bersama orang-orang yang beriman. Semoga keluarga mereka terima dengan redha. Jika mereka masih bernyawa, kembalikanlah mereka pada keluarga yang ternanti-nanti.

Semoga Allah mempermudahkan pencarian kotak hitam supaya terjawab persoalan kita selama ini.

Berakhir sudah penantian namun tak mustahil untuk keajaiban #MH370. Al Fatihah.

P/s : entri ini cuma bingkisan hati

8 thoughts on “Pesawat MH370 disahkan berakhir di Lautan Hindi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge