Percutian ke Ho Chi Minh (Part 4)

Biasalah ‘akak yang selalu terkesan ni’…berkurun nak siapkan entri….mari sambung Percutian Akak Yang Selalu Terkesan Ke Ho Chi Minh ek…..

Hari Kedua di Ho Chi Minh (1 Mac 2014)

Nasib baik sarapan pagi di Hotel Kingston adalah Halal. Memang ada bawak roti, maggi untuk makanan sampingan…saje je standby untuk geng lelaki. Dorang kan rajin tolong angkat barang-barang kami….kasi pawlah dengan makanan tambahan…..

Kami kena tunggu group kedua pulak yang bakal tiba jam 12.00 tengahari lebih kurang. Sambil tunggu group kedua kami sambung membeli belah di Ben Thanh Market lagik 🙂

Ben Thanh Market, VietnamSebenarnya aku ada siapkan itinerary selama 3 hari di Ho Chi Minh. Tapi tak ikut sangat pun sebab kamikan dipecahkan kepada 2 group.

Tempat Shopping Kain Murah di Ho Chi MinhSepanjang berada 3 hari di Vietnam, kami asyik berulang je ke Ben Thanh Market. Hehehehehe….

Tempat Shopping Murah di Vietnam

Memang macam-macam jenis kacang ada di jual di Ben Thanh Market ni…tapi aku tak membeli pun sebab tak terlintas nak membeli. Asyik sibuk beli kain baju jek…sampai Malaysia baru teringat…takde satu makanan Vietnam pun bawak balik…

Tempat Shopping Haven di VietnamPakcik yang tengah tulah yang rekomen kedai beli dan jahit kot pada kami. Yang sebelah kanan tu pulak bekas peguam di HSK kami dulu. Tak jumpa di Malaysia, terjumpa di Ho Chi Minh Plak.

20140301_113957

Dah puas tawaf dari hari pertama di Ben Thanh Market ni…barulah terjumpa kedai kain cotton murah seperti yang di rekomenkan oleh Kak Siti. Beria-ia kami berwhatsapp malam sebelum pergi tu. Macam-macam barang ditunjuk oleh Kak Siti hasil borongannya beberapa bulan yang lepas.

Nasib baik aku masih belum borong banyak kain cotton. Aku dahulukan pesanan penaja. Memang sebelum itu, kain cotton paling murah yang kami dapat adalah RM25. Bila dah jumpa kedai kain cotton termurah ni, saya terus tanya “Siapa Lyn”? Comel je orangnya. Dan paling menarik, Lyn fasih berbahasa Melayu. Senang nak citer.

Dan aku mula rambang mata. Semuanya lawa-lawa. Ada English Cotton, Japanese Cotton, Viskos. Bermula dari RM23-RM40 mengikut jenis kain.

Kedai Tempat Baju Murah di Ben Thanh MarketBaju melayu dan baju kurung pun orang Vietnam ni pandai buat. Kat kedai amoi ni, tempah baju melayu + kain cuma RM100.

Kalau korang nak cari kain baju melayu, kain satin dan sutera Vietnam…boleh pergi kedai awek seksi yang tengah sengih atas ni. Kebanyakkan peniaga-peniaga wanita di sini memang berbaju seksi. Salah satu sebab mungkin faktor cuaca yang panas ataupun sengaja untuk menarik peminat pembeli. Kain satin yang sangat lembut cuma RM7 semeter. Sesuai untuk lining baju, buat baju kurung dan melayu pun memang sesuai. Kain cotton shining untuk baju melayu jugak murah. Semeter cuma RM8 jek. Sutera Vietnam pulak sepasang (3.5 meter bidang 60″) suma RM45 jek. Tak taulah kalau ada yang dapat murah lagi.

Kedai Souvenir di Ben Thanh MarketKorang…kalau nak beli kemeja kerja untuk husband/abang/adik/pakwe ke…sila beli kedai makcik yang jeling-jeling tu. Serius murah. Kemeja lengan panjang Cap Polo cuma berharga RM17 sahaja. Itupun korang kenalah ikut tips aku.

Tips untuk minta tawar : Pura-pura tanya harga. Dorang mesti letak harga tinggi dulu. Pastu, pegang-pegang tangan dorang (sesama jantina je ek). Korang mintaklah harga yang korang nak. Kalau tak bagi pura-pura jalan pelan-pelan. Nescaya, dorang akan panggil korang balik. Tapi still tak bagi harga yang korang nak. Blah terus….lepas tu baru dorang panggil lagi dan akan dapat harga yang korang nak. Simple kan 🙂

Kedai Souvenir di Ben Thanh Market

Kedai jual cenderahati/souvenir ni dekat 3-4 kali kami serbu. Memang kami kesuntukkan masa untuk tinjau-tinjau kedai lain untuk perbandingan harga. Untuk mengelakkan masa terbuang, tu yang 3-4 kali kami ke kedai amoi ni. Amoi ni aku panggil ’em’ (adik). Suka sangat dia bila aku panggil dia dalam bahasa Vietnam. Amoi ni pun pandai cakap Melayu. fasih kalahkan orang Cina @ India yang duduk bertahun di Malaysia. Amoi ni baik hati. Senyum jek. Selagi boleh aku mintak tawar. Ada satu ketika, dia masih berkira-kira, aku dah siap-siap masukkan barang-barang dalam beg plastik dan bagi je dia duit ikut yang aku tawar. Hehehehehehe…taktik aku menjadi. Tupun bernasib baik sebab dapat peniaga yang baik.

Korangggg….seriusssss…..aku lebih suka beli je terutama kain cotton/souvenir/kot kat Ben Thanh Market ni berbanding nak tunggu Night Market Ben Thanh. Serius lebih banyak pilihan dan cecantik.

Dah habis shopping, mari pulang ke pangkal jalan 🙂

38 thoughts on “Percutian ke Ho Chi Minh (Part 4)”

  1. Salam sis..bleh bg tso name keday cotton n kain lain yg murah tu x?? Nk ke sana next week..nk jimatkn masa…tq

  2. Tq for info..leh syer x kalu nak byr senang guna duit malaysia ke dia org ekh..next week saya nak kesane..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge