35

Hari ini aku genap 35 tahun. Phewwwww…. takutnya nombor semakin bertambah. Takut menghadapi hari-hari yang semakin mentuakan diri. Aigooooo…..

Muhasabah diri……semua itu pasti terjadi buat setiap manusia. Alhamdulillah. Tuhan masih mengizinkan aku bernafas sehingga ke usia begini. Masih memberi kesihatan diri yang baik. Masih mengizinkan berbahagia bersama keluarga tercinta.

20140405_10040020140405_10043720140405_10045220140405_102034

Terima kasih suami yang sentiasa membahagiakan saya walau dalam keadaan susah dan senang. Terima kasih sebab selalu layan kemerajukan terlampau saya.

Terima kasih buat mak dan abah sebab membesarkan saya dengan penuh kasih sayang walaupun kekadang kita selalu sakitkan hati mak dan abah. Kita mintak maaf tau..

Terima kasih buat anak-anak kerana sanggup harungi suka duka Mama. Terima kasih kerana menjadi anak-anak yang baik buat Mama..sorri sebab kekadang Mama perlu bertindak seperti Tarzan.

Terima kasih buat adik-beradik, ipar duai, mentua, saudara mara yang sentiasa mendoakan kebahagiaan kita.

Terima kasih buat teman-teman yang mengenali kita samada di alam maya dan realiti.

Kita sayanggggg korangggg semua 🙂

18 thoughts on “35”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge