Percutian ke Ho Chi Minh (Part 6)

Hari ketiga, 2 Mac 2014

Hard Rock Cafe, Ho Chi Minh

Hari terakhir berada di Ho Chi Minh agak menyedihkan. Sedih kerana mahu meninggalkan syurga membeli kain cotton dan paling sedih kerana duit semakin menipis.

Flight kami 6.55 petang (waktu Vietnam). Jadi…masih ada masa nak berjoli katak lagi..hehehe…

Aktiviti kami pagi itu, Hard Rock Cafe, Ho Chi Minh City. Pada awalnya, aku dan Kak Wanie malas nak follow…kami rasa…kami nak pi sambung berjoli katak menghabiskan saki baki duit Dong dan USD yang ada lebih-lebih sikit tu 🙂 Tapi akhirnya rasa rugi plak kalau tak join dorang. Nanti menyesal tak sudah. Lagipun bukannya selalu ke sana…

Sebenarnya pihak Hotel Kingston boleh deal dengan pihak HRC bagi menyediakan pengangkutan kami ke sana namun benda last minute ni memanglah tak dapek den  menolong.

Dengan bantuan hotel, kami naik teksi Vinasun je depan hotel tu. Jangan risau…banyak teksi Halal kat depan hotel kami tu.

Mula-mula tu kami risau gak sebab betul ke idak mamat teksi ni bawak kami. Rasa macam jauh je…rupa-rupanya dah sampai. Taklah jauh sangat…tapi kalau jalan kaki berpeluh ketiak. Harga teksi dari hotel Kingston ke HRC ialah 25,000 Dong (lebih kurang RM4 untuk 6 orang). Murahkan?

Possing wajib depan Hard Rock Cafe Ho Chi Minh 🙂

Jika singgah ke HRC, memang rugi kalau tak sambar selai dua t’shirt HRC kan? Ini adalah HRC kedua aku gi selain Hard Rock Cafe Jakarta. Dan aku tak tau kenapa aku jadi meroyan nak beli sangat t’shirt HRC di Vietnam ni plak. Bukannya murah pun tapi gedik nak beli…lagi-lagi nampak yang bling-bling tu….Di HRC Vietnam dapat diskaun 30 % kalau beli 4 pasang. Kami tumpang bos jelah…hehehehe….Harga t’shirt HRC yang bling-bling tu ialah 750,000 VND.

Awas! Jangan naik teksi berwarna hijau ini bila anda di Ho Chi Minh.

Tengah-tengah sibuk possing-possing maut kat depan HRC, aku nampak bos dok tahan teksi hijau tu.

“Bos!!!Jangan naik teksi itu!” jerit aku. Bos pun terperanjat. Nasib baiklah drebar teksi tu tak paham bahasa…hehehehehe….

Kebetulan pulak satu kumpulan warga Malaysia baru turun dari teksi Vinasun (sama teksi masa kami datang ke HRC pagi itu). Brader tu terus cakap….

“Jangan naik teksi hijau itu…itu teksi potong kepala. Nak pergi mana-mana…naik je teksi Vinasun ni” 

Moral of the story, jangan naik teksi Mailinh di Vietnam! Tapi kalau dah nak kena, naik apa pun tetap terkena jugak kan…hhehehehe…Kami tahan je teksi Vinasun. Payah jugak nak cakap bahasa inggeris dengan orang Vietnam ni. Bila kami suruh hantar kami ke Kingston Hotel…punyalah drebar teksi ni tak paham pulak. Bila tunjuk kad hotel….Kinton!Kinton!….lorhhhhh….lain pulak bunyinya…hahahahahaha.

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke hotel dan masih ada masa nak berjoli katak lagi sebelum berangkat ke airport.

Sebelum balik, timbang beg anda ek…takut lebih muatan plak. Jangan risau…pihak hotel ada menyediakan timbang untuk menimbang beg-beg anda. Asalnya aku bawak satu beg je..beg yang tengah-tengah tu jek. Memang hobi aku setiap kali travel, aku akan beli bagasi lagi. Sebabnya murah dan boleh buat stok…hehehehe. Dari 1 beg dah jadi beranak pinak ke 3 beg. Sampai dah lebih 40 kg. Nasib baik ada yang tak berapa nak shopping, boleh tumpang kg dorang. Perempuan kan……

Gambar kenangan di hadapan Hotel Kingston sebelum berangkat pulang…huhuhuhu…

Lebih kurang jam 4.45 petang, kami bertolak dari hotel menuju ke Tan Son Nhat Airport dengan menaiki 2 teksi. Teksi Vinasun tu memang dah standby depan hotel. Nanti orang hotel tolong bookingkan….

Disebabkan aku mempunyai tragedi hitam bab beg luggage ni…baik aku balut semua beg-beg aku. Aku tak mahu tanggung risiko dengan beg baru aku. Wrapping beg di Ho Chi Minh airport ialah 100,000 dong (RM17) setiap satu beg.

Ada orang kata kalau beli berkoyan-koyan nanti takut kena ‘paw’ oleh imegresen vietnam. Lepas ‘check in’ beg, korang kena pergi ke “baggage check point” pulak. Mungkin kalau shopping untuk diri sendiri lepas tapi kalau orang berniaga dorang akan check lain macam sikit kot (orang katalah)…Alhamdulillah, kami punya lepas, walaupun aku memang risau, asyik terjenguk-jenguk dalam check point tu sampai pegawai imegresen dorang tu halau aku….Ngeeee….

Terima kasih buat pramugara sebab sudi amikkan gambar kami semua. Baik sungguh hati dia.

Alhamdulillah, lebih kurang jam 10 lebih kami sampai di tanah air, Malaysia. Dalam hati aku memang dah risaukan beg-beg baru aku tu. Pastu dapatlah whatsapp group kata ada beg yang patah roda. OMG! aku terus reply…beg aku ler tu…..sebab tragedi tahun lepas masa gi Beijing masih menjadi trauma buatku. Baru beli beg, roda patah plak. Kali ni dah cantik wrapping takkan patah lagik.

Rupa-rupanya….beg bos yang patah roda. Beg baru jugak tu…huhuhuhu…beg-beg aku masih sihat. Ngeeee….Kami suruh bos buat report sebab masa gi Beijing tu kami tak buat report pun. Rupa-rupanya lagi, kalau korang naik ‘economy class’, pihak MAS takkan layan kerosakan beg korang melainkan korang ambil insuran beg. Nasib baik bos kami naik ‘business class’…tupun pada mulanya dorang layan tak layan je bos kami. Bila cakap naik ‘business class’ baru nak layan….diskriminasi sungguh! Huh!

Apapun, aku selaku wakil kengkawan mengucapkan jutaan ucapan terima kasih kepada bos kami, Encik Helmi Hamzah atas tajaan tiket dan penginapan kami ke Ho Chi Minh. Semoga rezeki bos bertambah-tambah dan jangan lupa plak kongsikan bersama kami nanti 🙂

p/s : Ingat tak awal Mac ritu aku cakap nak bagi hadiah kecik buat pengomen tegar kan? Aku nak bagi souvenir dari Ho Chi Minh buat korang yang comel tu….nak tak? Komenlah hari-hari…kalau takde entri..komenlah entri yang lama-lama…wakakakakaka….InsyaAllah habis je bulan April nanti aku poskan souvenir buat yang comel lote tu tau 🙂

30 thoughts on “Percutian ke Ho Chi Minh (Part 6)”

  1. Salam.

    Sangat tertarik ngn crite Puan. rase mcm x sabo plak nak g. Hehe. Apepun sgt berguna dengan info yg dikongsi. Sgt2 dboleh guna pakai semasa di sana. Kalau x de aral saya pergi pertengahan bln 6 ni.
    Nak tanye. kene tax x kt airport Vietnam mase nk blk tu. ade kawan ckp kene tax dlm RM70.

    TQ

  2. Salam dik…best dpt jmpa blog adik alin…byk info akak dpt…x jemu bca…sbb ada joke..trgelak sndiri akak jdnya..insya allah lg 2 miggu akak pun nk p redah vietnam dgn hubby..tq….moga trus sukses

  3. Assalamualaikum Alin,

    Best baca entry u pasal HCM. Bnyak gak membantu walaupun merapu . hahahah btw nk tnya nama nama kedai yg Alin pegi tu. sbb Alin just mention pegi sini sini, tapi nama kedai x de. If Alin leh share nama kedai lagi ok kot sbb sya akan ke sana bulan 9 depan..

    Thanks >_<

  4. Assalammualaikum wr. wbt. & Salam Aidiladha.

    Salam ukhuah & salam perkenalan.

    Nak panjangkan silaturahim.

    Minat kita nampak macam sama.

    Insyallah 25/10/2014 ne saya & 3 rakan akan ke HCM. Insyallah.

    Sampai bersua lagi.

  5. Assalamualaikum Kak…

    Nak tanya la berapa budget shopping akak kt sana ya..makan sume la..agak2..sbb aida nk ke sana sbgai back packer..jd nk kira budget..hehe

  6. Dok ralit baca entry, tiba2 mata terbeliak tgk boss hangpa ni.. hahaha.. my friend cum my bestfriend’s husband! what a small world indeed. Patut muka macam kenal je.. bila sebut nama bos mmg sah2 itu la dia org nya.. Kirim salam kat boss!

  7. HCM … tunggu aku datang! 30 April 2015 … Moga diprmudahkan Group Oastad2 dn Pak2 Aji! hehehe ..

  8. Salam Puan, ei bestnya tak sabar nak pi..isyallah Oktiber ni..kebetulan tiket Air Asia murah..he..tapi tulah bwk family n anak2 harap2 baik – baiklah kat sana kan..ada apa2 tips tak untuk saya yang akan bwk anak2 ni…tq

    1. wasalam….kalau anak2 dah besar ok skit…cuma kalau bawak yang kecik2 ni memang agak payah sebab dengan panas pastu kalau pi sendiri kena byk jalan …tapi…kalau mak bapak penuh kesabaran…ok je…hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge