Lunch di Restoran Sentul Curry House

Kadang-kadang kami belanja bos…tapi selalunya bos yang akan belanja kami 🙂 Alhamdulillah…rezeki sama-sama dirasai. Murah rezeki bos.

Tak terfikir pulak ada kedai kari kepala ikan area Sentul ni…pertama kali menjejakkan kaki di Restoran Sentul Curry House.

Sebenarnya aku bukanlah peminat tegar masakan berasaskan kari ni. Selalunya kalau mak masak kari, selera aku tak semeriah jika mak masak lemak cili padi. Namun begitu, aku tekak aku masih boleh menerima tanpa banyak pantang 🙂

Restoran Sentul Curry House

Alamat Restoran Sentul Curry House ialah di Lot 239 Section 8 Bt 2, Jln Ipoh, Kuala Lumpur. Kalau korang teringin nak pergi…senang je tempatnya. Sederet dengan Ibu Pejabat Polis Sentul yang baru tu. Di antara Balai Bomba Jalan Ipoh dan Gereja Kristian ada lorong kecik. Masuk je lorong kecik dan jalan terus. Akan nampak signboard Restoran Sentul Curry House tu nanti. Parking kereta disediakan dan Percuma :).  

Restoran Sentul Curry HouseBiasalah kami gegurls ni, sebelum makan kasi possing dulu….i am blogger maaa….:)

Restoran Sentul Curry HouseKami order sotong tepung…namun bagi aku sotongnya agak liat…mungkin sotong spesies giant kot…

Restoran Sentul Curry HouseKari Telur…Aku tak usik pun sebab bukan faveret…

Restoran Sentul Curry HouseMula-mula ingat isi ikan goreng…rupa-rupanya telur ikan salut tepung. Kita tak berapa suka makan telur ikan…so, tak dapat makan pun tak ler masuk batu belah batu bertangkup …ngeh!ngeh!

Restoran Sentul Curry HouseSayur wajib kalau kat kedai mamak..lagi satu sayur peria goreng…

Restoran Sentul Curry HouseTandori Chicken. Sedap jugak. Penuh rasa rempah ratus.

Restoran Sentul Curry House

Menu utama ialah Kari Kepala Ikan. Jujurnya aku lebih suka Kari Kepala Ikan di satu kedai mamak bawak pokok kat Kg Attap. Yang tu memang lagi mantap.

Restoran Sentul Curry House

Jutaan terima kasih pada bos sebab taja lunch kami hari tu. Lepas ni kami gilir-gilir belanje bos pulak ek 🙂

p/s : diet aku dah ke laut…..huhuhuhuhu….

7 thoughts on “Lunch di Restoran Sentul Curry House”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge