IKAN BAKAR DI AROMA IKAN BAKAR, JERAM

19 April lepas, adik kecilku, Moon belanja kami dinner di Ikan Bakar di Aroma Ikan Bakar, Jeram sempena menyambut ulangtahun ke 2 anaknya, Raihana Al Zahra. Sudah banyak kali kami makan disitu tetapi kali ini kami agak terkesan dan serik makan ikan bakar disitu. Nanti aku ceritakan…..

Kami bertolak dari rumah lebih kurang 5.30 petang dan sampai di Jeram dalam pukul 6.15 petang. kami lepak ditepian pantai jeram sementara menunggu ketibaan tukang belanja yang selalu lambat πŸ™

Ikan Bakar di Aroma Ikan Bakar, JeramAnak-anak buah termasuk anak sendiri yang semakin membesar….

Ikan Bakar di Aroma Ikan Bakar, JeramDi Aroma Ikan Bakar, Jeram turut menyediakan pondok-pondok yang dikenali sebagai Pondok Sauh yang boleh memuatkan 5-6 orang dan Pondok Bamboo yang boleh memuatkan 15-18 orang (saiz comel) seperti di dalam gambar di atas. Dekat sejam lebih kami menunggu satu keluarga yang tengah makan kat pondok bamboo tu. Mungkin keluarga tu takde rasa kesian kot kat kami yang menunggu lama nak cop pondok bamboo tu. Siap makan slow emotion lagik. Dahlah aku memang tak sihat badan time tu….tapi sebab nak jugak cop pondok bamboo tu…tahankan ajelah…

Untuk pengetahuan korang, Pondok Sauh atau Bamboo di Aroma Ikan Bakar…tidak boleh dibooking terlebih dahulu. Korang kena gamble walk in dan sanggup tahan tahap kesabaran untuk menunggu orang yang makan jenis tak pandang kiri kanan.

Lepas solat maghrib, barulah kami dapat tempat duduk. Itu belum bab tunggu makanan siap lagi. Dari dulu sehingga kini, tahap servis di Aroma Ikan Bakar Jeram ni tak pernah berubah. Tetap lambat dan terhegeh-hegeh.

Pukul 9 lebih malam baru kami dapat makan tapi tidak semua lauk yang kami order sampai. Nasi jugak sampai sangat lambat.Β Tapi nasib baik Ketam Masak ? da memang power πŸ™‚ Terubat sikit hati aku….

Ikan Bakar di Aroma Ikan Bakar, Jeram

Ikan Bakar di Aroma Ikan Bakar, JeramKami bereempat sambut harijadi di bulan April πŸ™‚

Ikan Bakar di Aroma Ikan Bakar, Jeram

Ikan Bakar di Aroma Ikan Bakar, JeramAku dah tak lalu nak ambil gambar lauk bebanyak. Orang demamlah katakan….

Ikan Bakar di Aroma Ikan Bakar, JeramWeeeee πŸ™‚

Walaupun servis di Aroma Ikan Bakar lambat, kami tetap gembira sebab dapat berkumpul bersama keluarga walaupun abah masa tu kat tengah Sungai Semilang, Jeram…buatpe lagi…memancinglah.

Ingatkan servis lambat harga masih berpatutan…rupa-rupanya menjangkaui apa yang kami ramalkan.

  1. Ikan Pari Bakar – 2 ketul besar
  2. Ikan Ayam Bakar – 1 ekor
  3. Ikan Siakap Masak 3 Rasa – 1 ekor
  4. Sotong Goreng Tepung – 2 pinggan
  5. Butter Prawn – 1 Pinggan
  6. Sayur Kailan Ikan Masin – 2 pinggan
  7. Telur Dadar
  8. Tomyam – 2 mangkuk
  9. 2 jag air oren + 1 jag tembikai
  10. Ketam Masak ? (8 ketul)

Total untuk 18 orang adalah RM480.++…fuhhhhh!!!!!Mahal ke murah tu?

Nasihat aku pada yang teringin nak ke Aroma Ikan Bakar, Jeram…pergi seawal mungkin jika hari Sabtu. Kalau korang jenis tak memilih tempat duduk…banyak je kerusi + meja kat situ. Pilih je sesuka hati. Cuma kalau korang teringin nak makan duduk bersila di Pondok Sauh atau Bamboo, korang kena cekalkan hati menenggek kat tepi-tepi sauh dan bamboo tu…..kalau lambat memang tak dapatlah. Korang juga akan dikenakan caj RM10 untuk Pondok Sauh dan RM20 untuk Pondok Bamboo.

Alamat Aroma Ikan Bakar ialah :

Restoran Aroma Ikan Bakar
Jalan Jati
Pantai Jeram
45800 Jeram
Selangor Darul Ehsan

No Tel : 019-208 4452 / 017-316 3117

Tambahan : Bukan niat di hati untuk kondemkan bisnes orang lain. Cuma mengikut pengalaman diri sendiri. Jika tuan tanah kedaung baca, janganlah gamΒ saya pulak πŸ™‚ Sekadar bagi pandangan untuk memantapkan je.Β 

21 thoughts on “IKAN BAKAR DI AROMA IKAN BAKAR, JERAM”

  1. Amboi mahalnya! Tak guna jd tempat mkn seafood dekat laut gitu. Meniaga ni takkan nak untung dunia jer kan? Akhirat tu yg kekal tanak buat saham plaks depa ni yea?

    1. kami sampai awal tapi org memang dah ramai dan tak dibenarkan booking utk pondok bamboo tu…bukan takde meja lain cuma saja nak bersimpuh reramai kat pondok tu…nak tak nak kena jugak tunggu kan. BUkan hari tu je lambat, setiap kali kami ke sana memang servis lambat. Tempat dah cantik tapi mutu keunggulan servis tak upgrade. Bab hantar makanan satu persatu tu memang agak hangin jugak….nasi paling last….

    1. tulah ustazah…mungkin makan tahun lagi nak ke situ…bukan berkira sangat…cuma kita ni bawak anak-anak…kita memang boleh bersabar tapi anak-anak ni kalau dah lapar asyik merengek je…

  2. eh kita gi pada date yg sama la…

    Dinner for 34A + 6C seperti berikut..

    Masa sampai kami oder
    10 bakul kerang bakar
    5 jag air tembikai/fresh orange

    Pastu dinner
    5 ekor jenahak bakar
    5 ekor siakap stim
    5 bekas ketam black paper *tak ingat berapa kg*
    3 bekas sotong*7kg*
    3 mangkok besar tomyam
    5 pinggan sayur campu
    5 pinggan kailan ikan masin
    5 bekas lala yg mcm buluh tu

    penutup 23 gelas nescafe

    TOTAL DAMAGE = $1530

  3. Wa baru lps blk dr aroma ikan bakar, apa yg dikatakan adalah amat benar sekali….harga memang agak mahal, servis sememangnyer terramatlah slowww…pelanggan xdela ramai sbb br pukul 3.30 ptg. Antar lauk satu per satu laktu….hahahaha, Dan menu yg dihantar xcomplete…anyway rasa boleh tahan jugak la…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge