5 negara Asia yang mempunyai kopi unik

Siapa suka minum kopi? Mesti ramai kan….termasuk aku sendiri. Mula addicted dengan kopi sejak 2-3 tahun yang lepas….

Pada yang suka menggembara pasti lebih seronok sebab dapat merasa pelbagai kopi dari pelbagai negara.

Tahukah anda negara Asia yang mana mempunyai kopi yang unik?

1. KOPI VIETNAM

Kopi Telur Vietnam
sumber : 8share
Kopi Telur Vietnam
sumber : 8share

Vietnam sering dipuji kerana kopi yang sedap dan lebih manis. Duduk di kafe Vietnam, anda tidak boleh ketinggalan melihat cara kopi yang unik dibancuh di Vietnam (melalui penapis Phin itu..aku pun tak pernah tengok penapis tu..). Tetapi, mesti korang tak tau kopi yang dibancuh bersama telur kan? Kalau ke Vietnam cuba tengok kat menu dorang…ada tak Kopi Telur?

KOpi Sedap Vietnam
sumber : alinmarlini.com

Sehingga ke hari ini aku masih teringat-teringat kopi ais yang sedap di Restoran Halal SeriPenang & Restoran Halal Kampung Melayu di Ho Chi Minh. Tapi yang ini kopi ais biasa jek takde campur telur. Menyesal sangat-sangat sebab tak beli serbuk kopi kat sana. huhuhu….

2. KOPI MALAYSIA

Old Town White Coffee
sumber : 8share

Old Town White Coffee

Aku difahamkan bahawa kopi unik di Malaysia ialah Old Town White Coffee. Mungkin kopi putih kot agak terkenal di Malaysia tu pasal unik (*__*)

Kopi Hang Tuah
sumber : google

Keluarga aku pulak selalu menggunakan Kopi Cap Hang Tuah jek. Dihidangkan bersama cekodok panas…perghhh!!!!sedapnye…..

Apa pulak kopi kegemaran korang?

3. KOPI THAILAND

Kopi Thailand
sumber : 8share
Kopi Thailand
sumber : 8share

Kopi Thailand juga dikenali sebagai “Oliang” adalah kopi lazat yang menggabungkan kopi dengan jagung, bijan, kacang soya dan tambahan lain. “Oliang” datangnya dari huruf “O” yang bermaksud hitam dan “Liang” yang bermaksud sejuk dalam dialek Teochew, bahasa utama yang dituturkan oleh rakyat berketurunan Cina di Thailand. Minuman kopi ais sering dihidangkan dengan susu pekat atau cair dan sirap gula.

Siapa pernah minum Kopi Thailand? Sedap ke?

4. KOPI INDIA

Kopi India
sumber : 8share
Kopi India
sumber : 8share

Orang India memanggil kaapi. Di selatan India kopi ditapis dengan secara tradisional. Dan orang India juga sukakan kopi yang manis 🙂

5. ?

Seterusnya kopi unik dari negara manakah? Anda boleh KLIK SINI untuk mengetahui kopi yang paling unik di Asia dan kopi paling mahal di dunia.

Korang pulak pernah ke minum kopi unik atau kopi termahal dari negara-negara lain. Cer kongsikan sedikit…

Aku pernah minum kopi yang agak unik di Beijing, China. Pergi musim sejuk memanglah memerlukan kopi untuk menghangatkan badan kan? Apabila diminta, pekerja restoran tersebut memberikan kami satu jug air kopi. Kami ingatkan kopi susu, bila minum rasa lain macam. Tak tau rasa apa…tapi yang penting bukan rasa kopi….tak sedap langsung. Mungkin orang China tak faham permintaan kami kot…hehehehehehe…

9 thoughts on “5 negara Asia yang mempunyai kopi unik”

  1. Saya dah dekat 30 tahun ketagih kopi o..serbuk kopi..biji kopi..sekarang belajar stop semua tu..tapi still terliur jugak..huhuhu

  2. Saya dah minum kopi Vietnam mmg sedap sgt w’pun saya ni bukan penggemar kopi hingga sanggup beli kopi di sana utk bawa blik M’sia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge