Percutian ke Port Dickson (Part 2)

Assalamualaikum. Semoga sihat para blogger hendaknya. Maaf jika entri-entri aku agak terhenti-henti dua tiga menjak ni. Sebenarnya banyak yang hendak dikongsikan tapi faham-faham jelah akak yang selalu terkesan ni kan…..:)

Sambung balik kisah percutian akak yang selalu terkesan ek….

Lepas melepaskan lelah sesaat sekarang masa untukberjimba-jimba di Pantai Tanjung Gemok dan kolam mandi Glory Beach Resort 🙂

Aku memang tak pernah beli pakaian khas untuk berenang (swimming suit). Sebab utama sebab aku tak pandai berenang. Takat pakai track suit dan tshirt memadai kot. Tapi sebelum pergi ada gak survey  di Sogo tapi tak jumpa. Ahaksss!!!

Tengok adik Moon beli, aku pun sama terjebak beli jugak. Satu untuk anakku Balqis dan satu untuk diri sendiri. Akhirnya, aku dah ada swimming suit sendiri. Lepas ni kena belajar berenanglah gamaknya.

Oh! ye….kami beli di Pantai Teluk Kemang jek. Harga pun amat berpatutan dengan akak yang baik hati tu. Orang kampunglah katakan….hehehehe…dapat diskaun lagik 🙂 Kalau korang nak beli baju mandi muslimah, korang gi kedai yang mula-mula sekali kat depan taman permainan Teluk Kemang tu…..harga baju mandi muslimah mengikut saiz dan pattern.

Semua tayang baju baju mandi muslimah baru. Semua muka tak sabar nak mandi 🙂

Teringat zaman kecik-kecik dulu…abah selalu gak bawak kami ke Port Dickson. Dan abah selalu ajar kami berenang. Abah memang pandai berenang. Malu tau. Dari kecik abah ajar aku berenang tapi still tak pandai-pandai sampai sekarang 🙁

Air laut di Glory Beach Resort ni tak berapa bersih airnya sebab banyak obor-obor. Tak sesuaipun nak mandi manda. Tapi aku belasah jek sebab dah makan tahun tak celop dalam air laut.

Tips nak beli baju mandi muslimah : Sebaiknya korang pilih baju yang bercorak-corak supaya bila dah kena air tidaklah nampak sangat bentuk badan. Nanti dah tak Muslimah pulak 🙂

Abah tengah jeling-jeling chalet atas air tu…tak silap tu Chalet atas air, Lexis yang mahal tu…insyaAllah..ada rezeki kita gi ye bah….

Mak ngan makcik aku ni datang bercuti sekadar nak berehat-rehat jek. Dorang malas nak terjun kolam.

Bahagiamu, Bahagiaku (*_*)

Model Majalah Mangga akan datang…ada berann?

6 thoughts on “Percutian ke Port Dickson (Part 2)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge