Medan Ikan Bakar di Majlis Perbandaran Port Dickson

Assalamualaikum…marathon Port Dickson belum selesai lagi ek…hehehehe….

Macam biasa, sebelum pergi aku mesti google tempat-tempat wajib dilawati kalau pi jenjalan. Dan macam biasa, aku selalu tak follow pun segala research yang aku buat tu….

Kalau ikutkan mak aku..semua dia nak masak je kat hotel tapi sesekali bercuti…biarlah makan kat luar….

Kalau cuti-cuti ni biasalah kami lebih suka cari ikan bakar. Mentang-mentang tepi lautkan…

Disebabkan dah kepenatan satu hari berenang-renang katak siangnya, kami cari tempat makan yang dekat dengan hotel kami.

Medan Ikan Bakar MPPDKami ternampak Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Lalu kami putuskan untuk menikmati ikan bakar di MPPD.

Medan Ikan Bakar MPPDTak banyak pilihan sebenarnya tapi memadailah untuk keluarga kecil kami.

Medan Ikan Bakar MPPDIkan Pari Bakar. Rasanya boleh tahanlah….

Medan Ikan Bakar MPPD

Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Medan Ikan Bakar MPPD

Sotong Goreng Tepung

Pada sesiapa yang menginap di sekitar Tanjung Gemok…boleh singgah makan di Medan Ikan Bakar MPPD ni.

Harga untuk 14 orang makan ialah RM230.00. Mahal ke murah ke aku malas nak komen…manalah tau kot-kot anak tokei kedai ni baca blog aku…habis pulak aku kena sembur plak nanti….

Sekian,

Akak Yang Terkesan 🙂

11 thoughts on “Medan Ikan Bakar di Majlis Perbandaran Port Dickson”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge