Penginapan di Glory Beach Resort, Port Dickson

Penginapan di Glory Beach Resort

Glory Beach Resort terletak di Pantai Tanjung Gemok. Tidak jauh dari Pusat Bandar Port Dickson.

Waktu check in adalah jam 3.00 petang tapi kami sampai awal lebih kurang jam 2.30. Nasib baik petugas hotel tersebut membenarkan kami masuk bilik 1/2 jam lebih awal. Bolehlah kami berehat-rehat.

Penginapan di Glory Beach Resort, Port DicksonBilik pertama muat untuk orang bujang jek 🙂 Kami ada 14 orang…pepandailah nak tidur kat mana-mana…hehehehe…

Penginapan di Glory Beach Resort, Port DicksonBilik ke-2. Ada dua katil bujang dan bilik air boleh sharing 🙂

Penginapan di Glory Beach Resort, Port DicksonMasterbedroom. Muatlah untuk kami 4 beranak. Ada bilik air.

Penginapan di Glory Beach Resort, Port DicksonRuang tamu yang besar jugak. Boleh muat dalam 10 orang lagi. Kena bawak tilam/toto memasing ek…

Penginapan di Glory Beach Resort, Port DicksonPort paling disukai oleh mak aku. Dapur Mak Enablah…tapi takde dapur gas. Yang ada petis ais dan kettle jek. Mak aku bawak ricecooker kecik untuk dia memasak yang simple jek.

Penginapan di Glory Beach Resort, Port DicksonPermandangan dari balkoni hotel apartment kami. Cuaca masih panas terik. Tak ramai turun mandi kat pool lagik. Rupanya Glory Beach Resort ni bersebelahan dengan Hotel Lexis. Nampak chalet yang atas air tu. Mak dan abah mula pasang angan nak menginap kat Hotel Lexis tu…Awesome kot tapi satu malam mencecah RM600++. InsyaAllah, ada rezeki lebih kakak bawak mak dan abah tidur situ ek 🙂

Penginapan di Glory Beach Resort, Port DicksonTenang je memandang lautan nan biru 🙂

Review aku tentang Glory Beach Resort ialah :

  1. Penyambut tetamu yang so-so.
  2. Kebersihan hotel yang ok je bagi aku. Standardlah bukan hotel baru kan…
  3. Kalau boleh harga tilam tu diturunkanlah sikit dari RM30 ke RM10-15 ke memandangkan tilam pun dah agak lusuh. Kalau nak jugak caj RM30 semalam sila tambah bantal dan selimut sekali ek 🙂
  4. Swimming pool yang besar dan best.
  5. Aku suka dengan Life Guard di situ. Sentiasa senyum. Memberi teguran yang sangat berhemah. Aku pernah tengok Life Guard kolam ni siap tiup wisel sekuat-kuatnya atau tegur dengan suara yang kuat jika ada yang langgar peraturan kolam. Aku siap beri komen istimewa buat Life Guard tu kat website Glory Beach Resort.
  6. Ada sesetengah kolam mandi di hotel lain  tidak membenarkan korang turun kolam jika pakai tshirt dan track suit kan? Tapi kat Glory Beach Resort boleh je. Jangan risau buat nenek-nenek yang nak berendam tu. Faham-faham jelah kan…takkan nenek-nenek nak pakai swimming suit pulak. Pakai tudung pun dibenarkan cuma Tudung ala-ala Fareeda tidak dibenarkan 🙂
  7. Kanak-kanak jugak dibenarkan mandi dalam kolam dewasa tapi dengan pengawasan orang dewasa.
  8. Makanan breakfast yang sedap.
  9. Yang lain-lain ok sebab yang penting keluarga aku gembira 🙂
  10. Dan akhir sekali, jika ada rezeki nak tidur disini lagi…hehehehehe…

Harga apartment 3 bilik di Glory Beach Resort yang aku tempah melalui agoda.com ialah RM388.00. Untuk katil tambahan anda dikenakan sebanyak RM40.00 manakala jika tilam tambahan sahaja anda dikenakan sebanyak RM30.00.  Anda boleh juga menempah melalui Glory Beach Resort di http://glorybeachresort.com/promotionacc/

Alamat Glory Beach Resort ialah Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemok, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tel: (606)-6516888    Fax: (606)-6516733   Email: gbr@glorybeachresort.com

 

16 thoughts on “Penginapan di Glory Beach Resort, Port Dickson”

  1. dulu masa SA kerja kat Seremabn as a PR, SA selalu dapat jemputan majlis2 dari GBR ni…sebab kenal ngan pengurus hotel tu kan…memang selalunya akan dapat la jemputan…sekarang pengurus tu pun dah tukar tempat kerja dah…maybe dah kemana2 kan…dulu hotel ni paling popular…sekarang of course Grand Lexis…
    suriaamanda recently posted..Rahsia Bekerja Dengan TenangMy Profile

  2. tgk kat Mudah, Lexis boleh dpt harga 280, grand lexis boleh dpt harga 450…mampu lagi kot kita2 nak pegi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge