Seoul Garden, Paradigm Mall

Aku adalah peminat tegar drama Korea semenjak dari zaman remaja purba lagi. Tahun lepas 2013 campur tahun 2014, aku dah tengok lebih dari 10 drama bersiri Korea 🙂

Apa yang aku sangat tengok drama Korea ni selain hero dan heroin yang comel-comel belaka ialah makanan orang Korea. Mesti akan ada banyak babak makan dalam drama Korea ni. Dan aku tengok betapa berseleranya dorang ni makan.

Disebabkan angan-angan nak melancong ke Korea terpaksa dibekukan dulu, aku merengek dengan Encik Suami nak cuba makanan Korea yang dah semakin popular di Malaysia. Aku teringin nak makan daging yang dibakar-bakar tu sambil disaluti dengan salad macam citer Korea tu….lagi satu aku teringinnnnn nak makan kimchi tu…macam sedap jek..macam best jekk….

Aku try kat Seoul Garden, Paradigm Mall. Kira laki aku belanjer belated celebration birthdaylah…Sebelum duduk, sila bayar dulu tau.

Makan-Makan Di The Seoul Garden

Aku bab buffet ni memang lemah sikit. Nak tau mana satu nak pilih. Nak amik semua takut membazir plak nanti..jadi serahkan pada yang pakar. Laki aku memang arif benar bab makanan jepun ataupun korea ni.

Makan-Makan Di The Seoul GardenMacam-macam jenis mee ada..

Makan-Makan Di The Seoul GardenHidangan seafood. Macam-macam jenis juga. Sila pilih sedikit demi sedikit supaya semua boleh rasa. Tapi aku tak rasa semua pun…kenyang sungguh. Tu pasal rugi bawak aku pi makan tempat buffet ni. Rugi….

Sayur-sayuran pun ada. Aku tak amik pun semua gambar sebab malu 🙂

Makan-Makan Di The Seoul GardenAis kacang pun ada. Desert jugak disediakan.

Makan-Makan Di The Seoul GardenEncik Hensem sedang skodeng aiskrim kegemarannya.

Makan-Makan Di The Seoul Garden

Inilah kimchi. Betapa sedapnya aku lihat orang-orang Korea ni makan sayur jeruk ni. Makan dengan nasi. Makan dengan maggi. Semuanya nampak sedap. Disebabkan nak rasa sangat kimchi nilah…laki aku kesiankan aku….hehehehehe…

Apa rasa kimchi ni agak-agaknya? Dah namanya jeruk sayur. Semestinya rasa jeruk masin kan. Masin yang amat sangat. Lebih kurang kita makan nasi dengan ikan masinlah. Bagi aku oklah rasa kimchi ni. Cuma terambil banyak pulak….hehehehehe….

Makan-Makan Di The Seoul Garden

Proses pembakaran dan perebusan dimulakan oleh anak-anak aku. Biarlah dorang nak feeling-feeling ala kpop jap…hehehehe…

Nasib baik Balqis & Qayyum sukakan konsep main masak-masak ni. Senang citer.

Makan-Makan Di The Seoul Garden

Jom main masak-masak 🙂 Bab ni paling best. Sebenarnya ada banyak perasa untuk daging ni. Aku main bedal je sebab laki yang pilihkan.

Makan-Makan Di The Seoul Garden

Seronok pulak sessi membakar ni. Masing-masing happy mencuba benda baru.

Makan-Makan Di The Seoul Garden

Aku tak tahu makanan Korea ini dipanggil apa. Tapi aku suka sangat tengok cara buat makanan ni dalam drama Korea. Memang best giler. Beberapa jenis sayur dipotong halus dan digaulkan dengan cili powder aku rasa. Rasanya, macam pahit-pahit pedas sikit.

Makan-Makan Di The Seoul GardenTerima kasih awak…sebab sudi layan selera dinosur bini awak ni…Tapikan…saya macam nak makan dan makan lagi…..hehehehehe….

Makan-Makan di Seoul GardenSejak ada monopod ni barulah ada can bergambar 4 beranak. Tapi tengoklah anak bujang aku tu…memang susah nak bergambar sekarang ni…

Tiada Masa Untuk Memasak? Boleh Cuba Room Service!

Overall, aku berpuas hati dengan makanan di Seoul Garden…tupun sebab ada bakar-bakar..kalau steamboat je memang aku kureng skit. Untuk pengetahuan korang harga untuk seorang dewasa adalah RM28.88++ manakala kanak-kanak adalah RM16.00++. So, total aku makan 4 beranak ialah RM142.++. Maybe, setahun sekali jelah makan.

5 thoughts on “Seoul Garden, Paradigm Mall”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge