Majlis Perkahwinan IB Clan (Part 1)

Maaf cerita agak basi. Berlaku 4 & 5 April yang lepas.

Memang agak lama keluarga kami (IB Clan) tidak mengadakan kenduri kahwin ni. Rasanya majlis perkahwinan terakhir IB Clan adalah majlis perkahwinan adik Moon 2 tahun yang lepas. Maklumlah…sepupu semua kecik-kecik lagi.

Kali ini meraikan majlis perkahwinan anak Moksu aku pulak. Moksu atau nama sebenar Zaidah Ibrahim merupakan anak ke 9 arwah Ibrahim Lembut dan Bibah Lembang. Yang excited sangat adalah anak-anak buah Moksulah. Dulu masa kami kahwin, Moksulah orang kuat IB Clan. Moksulah yang andam kami. Yang sediakan pelamin, baju, make up kami. Sekarang ni masa kami pulak tolong Moksu.

Majlis Perkahwinan IB ClanAnak-anak buah + cucu Moksu yang sediakan pelamin buat anak Moksu plak. Nasib baik dapat anak-anak buah yang kreatif 🙂

Pelamin rekaan Ratu Mahligai EksklusifOrang kuat IB Clan (*__*)

Majlis Perkahwinan IB ClanSementara kami buat pelamin, pengantin pulak katam al-quran.

Majlis Perkahwinan IB ClanNasib baik Moksu berpuas hati dengan gabungan tenaga kami 🙂

Majlis Perkahwinan IB ClanSempat jugak pelamin kami siap selepas selesai Majlis Berkhatam Al-Quran. Aku nak join jugak pada mulanya tapi bendera Jepun menjelma 🙁

adat merewang Seumur hidup pertama kali aku turun padang merewang ni. Hehehehehehe…biasalah…kunun-kunun orang muda duduk buat kerja dalam umah jek…Naik pedih mata menghiris bebawang tu….

adat merewangSemua warga IB Clan yang merewang…..

IMG-20140405-WA0020Kaum lelaki ditugaskan untuk goreng menggoreng.

adat merewang#selfie bersama makcik-makcik tukang masak 🙂

adat merewang adat merewang adat merewang adat merewangYa! Tuhan…bahagianya berkumpul bersama saudara mara dari jauh dan dekat.

adat merewangYang baju biru tu Pakcik Ujang atau nama sebenar Taman Sari. Anak ke 8 arwah Ibrahim Lembut dan Bibah Lembang. Dari kecik sampai ke besar memang kami, anak-anak buah takutkan Cik Ujang. Dia tak garang tapi gemar mengusik. Masa kecik-kecik dia selalu cakap aku takde lubang hidung sampai nangis-nangis ngadu ngan mak aku. Tapi….sejak arwah nenek dan atuk meninggal, Cik Ujang berubah sikap. Dia dengan dunia dia jek. Cik Ujang ni anak manja arwah nenek dan atuk. Bila dorang meninggal mungkin Cik Ujang rasa kesunyian dan kehilangan yang amat sangat.  Tapi, baru-baru ini Cik Ujang semakin mesra dengan kami. Mungkin dia jeles tengok anak-anak buah dia bahagia…so dia pun nak join jugak…hehehehe…

Apapun IB Clan semakin bersatu hati. Cuma ada yang cukup….yang itu takpelah…biar dia dengan dunia jugak…..

p/s : Jika anda sedang mencari pakej perkahwinan mengikut bajet anda…boleh lihat SINI.

 

2 thoughts on “Majlis Perkahwinan IB Clan (Part 1)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge