TOLONG CARI SOFA SAYA

Tolong cari sofa saya!!!!!!!Eh! sofa aku tak hilang cuma tak jumpa je lagi 🙂

Sejak duduk rumah di Saujana Utama 4 tahun lepas, aku masih belum jumpa sofa idaman hati aku. Dah banyak kedai perabot laki aku bawak. Dari Sungai Buloh, Klang, Bangi, Kg Melayu Subang namun tiada satupun yang berkenan di hati.

Aku sendiri pun tak tahu nak sofa macamana. Setiap kali pergi kedai perabot mesti lalu sepintas lalu sebab takde yang berkenan di hati. Aku tak suka sofa jenis kulit. Aku tak suka sofa PVC. Aku tak suka sofa campur kayu. Aku tak suka sofa yang jenis 2 warna. Aku tak suka sofa yang berbunga-bunga. Banyak benar yang kau tak suka ya Marlini. Duduk bersila jela…

Aku suka sofa yang jenis fabrik. Aku suka sofa yang minimalis. Simple but nice. Aku suka sofa warna kelabu. Wink*Wink*

Bagi aku kalau mencari sofa idaman hati haruslah yang benar-benar kita suka sebab hari-hari memandang sofa tu pastu nak menukar dan membelinya pun makan tahun gak kan..

Disebabkan perangai sengal aku jugaklah, laki aku main beli jek sofa jenis kain 4 tahun lepas tanpa beritahu aku terlebih dulu. Aku diamkan jelah walaupun tak berapa nak suka. Dan selama 4 tahun jugaklah aku bertahan dengan sofa tu. Susahnya nak cari sofa idaman hati aku.

Tolong aku cari sofa idaman aku boleh?

Tolong Cari Sofa Saya
credit : google

Aku suka sofa warna kelabu ni. Simple tapi cantik.

Korang pernah tak nampak sofa macam ni? Kalau korang pernah nampak, tolong aku cari sofa ni ek….aku nak sangat…tapi tak tahu nak cari kedai mana 🙁

Lihat trailer filem GODZILLA Disini!

19 thoughts on “TOLONG CARI SOFA SAYA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge