Persahabatan #2

Dua hari berturut-turut aku rasa gembira sekali meskipun sedang menanti satu penantian yang masih belum pasti.

Mula-mula…jumpa bekas rakan-rakan sepejabat. Kali ini jumpa sahabat yang 18 tahun tidak bersua muka walaupun duduk dekat jek….Ya!Allah…aku bersyukur dengan kegembiraan yang Engkau berikan ini. Amin.

Dulu…kami satu sekolah. Satu kelas. Satu kepala. Bila masing-masing dah berkahwin…masing-masing sibuk dengan keluarga sampai kadang-kadang terlupa antara satu sama lain. Jaringan sosial jugak menemukan kami. Bayangkan, seorang sahabat yang kami cari selama 18 tahun, akhirnya bertemu di facebook. Welcome Farid Karsasi 🙂

Lagipun sekarang media sosial begitu luas. Ada whatsapp yang boleh digroupkan. Maka terjadilah group X-SMBG (5A2).

10372594_10202689227930015_7184367741502654105_n

Kebetulan ada kenduri berdekatan umah aku. Kami whatsapp2 nak jumpa sekali. Puan Fita Madekan yang masih putih gebus, satu kelas ngan aku, 5A2.

10271483_10202689227530005_6260190984392092252_nHampir 18 tahun tahun tak bertemu dengan Sharifah Mona yang sentiasa anggun 🙂

10366076_10202689227810012_7925775952485646658_nBFF aku dari umur setahun hinggalah dah besar gajah ni. Siti Suriani Salim aka Lily merangkap kakak pengantin. Memang dari kecil kami dipanggil belangkas sebab memang kemana-mana pun kami asyik bersama. Rumah mak kami pun berdepan jek. Namun sepanjang persahabatan kami ada pasang dan surut jugak…tapi itu kisah lama…tak pernah kami nak ungkit-ungkit…buat sakit hati jek. Kami tetap bersahabat baik sehingga ke hari ini. Love u babei 🙂

10305047_10202689225689959_4448778648448264916_nDua jejaka paling top dalam kelas kami…hehehehe…yang tinggi lampai tu Amirullah…sudah berkahwin. Yang baju kotak-kotak tu, Nor Azim. Punya pasangan kembar, Nor Azam. Salah seorang BFF aku jugak. Dari sekolah tadika sampai kami dah beranak pinak ni. Ajim masih single ek…nak try boleh gak…hehehehehe….

1613874_10202689228370026_235170653386858911_nDan seorang lagi BFF aku ngan Lily, Khairul Nizam. Memang BFF aku masa sekolah dulu-dulu lelaki…hehehehehe…tapi tak pernah sangkut pun sebab dah anggap macam adik beradik.

Alhamdulillah. Ini baru sebahagian je yang dapat jumpa. Mungkin kami akan buat renuion kecil-kecilan khas buat kelas kami jek. Lebih mudah dan fokus.

XOXO

7 thoughts on “Persahabatan #2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge