Apa yang menarik di Ho Chi Minh?

Salam Jumaat sahabat semua.

Maaf jika cerita pasal Ho Chi Minh bagi belum bernokhtah. Masih ada soalan-soalan yang tak terjawab lalu dikumpulkan disini.

Siapa yang sesuai ke Vietnam?

Andai ada rezeki lebih, insyaAllah aku mahu ke Ho Chi Minh lagi bersama kaum keluarga. Tapi diingatkan, sangatlah tidak sesuai untuk membawa kanak-kanak atau bayi ke Ho Chi Minh. Melainkan korang bawak bibik untuk asuh anak-anak korang di hotel. Ngeee….

Kebanyakkannya memerlukan korang banyak berjalan. Dan di dalam Ben Thanh Market itu sendiri pun sangat memanaskan. Mungkin anak-anak kita tidak sesuai dan akan mula buat ragam kot. Sudahnya, kita tak selesa nak membeli belah mengikut selera.

Tulah yang sedang aku fikirkan. Sapa nak jadi bibik aku?????aku sponsor makan jeee…hehehehehe….

Orang tua juga tidak digalakkan jika mengalami sakit lutut, sakit kaki atau kesihatan tidak menentu. Bukan apa, kesian kat dorang.

Antara Jakarta, Bandung & Vietnam..mana lagi best?

Bagi kaum Hawa ni memanglah sangat menarik Ho Chi Minh ni. Syurga membeli belah kain kot. Jika ditanya di antara Bandung, Jakarta & Vietnam..mana satu lagi best? Bagi aku…ketiga-tiganya ada keistimewaannya tersendiri.

Jika ke Bandung atau Jakarta yang memang terkenal dengan segala factory outlet. Banyak pilihan untuk baju-baju branded. Banyak pilihan untuk tas tangan yang branded. Dan banyak pilihan untuk kain lace yang cantik-cantik.

Di Vietnam pula, terkenal dengan kemurahan kain cotton dan jubah. Benar. Memang tak dapat harga kain cotton di Malaysia berbanding di Ho Chi Minh. Tersangatlah murah. Tapi korang kena ingat, orang yang jual di Malaysia pun guna banyak kos penghantaran. Dari nak pi sendiri ke Vietnam, kira okaylah harga kain cotton di Malaysia kan? Aku sangat memahami peniaga-peniaga kain cotton ni…..

Selain kain cotton, Vietnam juga terkenal dengan kain baju kurung ready made. Memang berbaloi-baloi kot. Jika di Malaysia dijual dengan harga yang melampau-lampau, di Vietnam korang boleh dapat kurang RM50 pun ada. Jubah dan telekong juga sangat murah. Korang kena banyak survey dan pandai tawar menawar.

Tempat wajib korang singgah.

  1. Ben Thanh Market – Ada jual kain cotton, kain lace, prada lace, sutera Vietnam, baju balus, tshirt, kemeja lelaki dan wanita, kasut, cadar, table runner, lapik meja, sarung bantal bersulam, souvenir dan macam-macam lagi.
  2. Bent Thanh Night Market – Pasar Malam Ben Thanh disekeliling Ben Thanh Market bermula jam 7 malam sehingga 12 tengah malam. Barangan yang dijual lebih kurang dalam Ben Thanh Market dan lebih murah sedikit harganya jika pandai menawar. Kalau mahu mencari seluar jeans murah, boleh cari kedai Lyna.
  3. Saigon Square – Jual baju branded, baju sukan, baju hujan, baju branded kanak-kanak, blaus, kemeja, kasut. Kebanyakkan barang-barang di Saigon Square adalah yang branded dan aga berkualiti. Jangan risau, korang boleh mintak tawar jika pandai.
  4. Taka Plaza – Jual telekong, baju kurung siap, t’shirt, blaus dan macam-macam lagi. Tapi kami tak berkesempatan nak singgah sebab ada member aku pi senyap-senyap jek…dan kami dok menggiler pi Ben Thanh Market & Saigon Square jek 🙂
  5. Malaysian Street – kat area sini kalau malam-malam memang haven nak shopping. Ada jual telekong, tshirt Vietnam, beg deuter, kain cotton, baju kurung siap, jubah, tudung fareeda dan macam-macam lagilah. Tempat makan Halal pun banyak kat sini.Korang akan jumpa orang Malaysia jek. Jangan risau…selamat kat sini untuk orang perempuan.
  6. Cu Chi Tunnel – Rugi sangat kalau korang pi Vietnam tak singgah Cu Chi Tunnel tempat bersejarah dorang. Memang pada mulanya aku beria-ia takmau follow, tapi lepas dah follow…rasa nak follow lagik 🙂 Seronok beb..
  7. Sungai Mekong – Rasa ralat sangat sebab tak dapat gi sebab kekangan masa. Perjalanan ke Sungai Mekong mengambil masa selama 1/2 hingga 1 hari. Kami memang tak sempatlah sebab pi 3 hari jek…InsyaAllah…kalau ada rezeki boleh pi nanti…
  8. Hard Rock Cafe Ho Chi Minh – Kalau korang pengumpul barangan Hard Rock Cafe, boleh sangatlah singgah ke Hard Rock Cafe Ho Chi Minh ni. Kat Malaysia pun aku tak pernah pi…hehehehe…
  9. Bangunan-Bangunan bersejarah Vietnam – kami tak pi pun sebab tak tau arah mana jalannya. Bila naik teksi menuju ke HRC tu boleh nampak bangunan-bangunan bersejarah tu. Ruginya…tapi masa dah time 🙂 Next time dah tau kat mana..boleh jalan kaki je 🙂
  10. Kedai Makanan Halal – Jangan risau. Tak perlu bawa makanan segera dari Malaysia sangat. Di Vietnam terdapat banyak kedai makanan Halal walaupun terhad. Jika anda tinggal di sekitar hotel berdekatan Ben Thanh Market terdapat 2 -3 Kedai Makanan Halal di situ. Memang harganya 2-3 kali ganda mahal dari Malaysia tapi sangat berbaloi. Bagi akulah…semuanya sedap….hehehehehe….Jangan lupa singgah Restoran Halal Saigon SeriPenang tau…jumpa Syukri…korang citer skit tahu kedai tu dari blog aku…mesti dapat diskaun…hahahahhaha…*tipu hokey*

Apa yang aku shopping di Ho Chi Minh?

Ini bukan satu entri show off. Sekadar berkongsi pengalaman. Sebab sebelum ke satu tempat yang belum pernah aku pergi, aku akan research dulu dari blog-blog orang lain. Dan paling aku nak tahu, ialah berapa banyak duit harus di bawa dan barang apa yang boleh kita beli dengan bajet yang ada.

Bila ada yang tanya, apa yang ada kat Vietnam tu? Banyak ke shopping? Apa yang nak dibeli kat HCMC tu? Okay…akak sangat terkesan tau…akak tunjuklah apa yang akak beli kat sana ek….korang jangan rasa terkesan plak 🙂

Benda wajib shopping di Vietnamsebahagian hasil borongan…

Benda wajib shopping di Vietnam

Paling ngetop sekarang ialah prada lace. Aku tak kisahlah grade 8 ke 10 ke kain prada lace tu…janji aku beli…Jika nak beli kat Kuala Lumpur mestilah berganda-ganda harganya dan tentu aku takat tengok hingga menjilat jari jek…mahal kot…Harga kain prada lace ialah USD30 (RM100) untuk 2 meter.

Baju kemeje untuk cik abang. Memang berbaloi-baloi beli dengan cap Polo tu. Sehelai cuma RM17 jek (Sambil mata kebil-kebil). Rugi tak beli 10 pasang memandangkan takde warna menarik…aku tangkap 3 jek.

Benda wajib shopping di Vietnam

Baju Kurung Cotton Lace memang mudah sangat cari kat Vietnam. Kalau korang nak murah pi kedai Alif Aziz berhadapan Restoran Melayu. Mulanya aku tak perasan pun muka mamat yang jual baju kurung ni persis Alif Aziz sehingga dia sendiri mengaku perasan muka macam Alif Aziz. Malangnya gambar aku ngan dia dah terdelete…huhuhuhu….

Benda wajib shopping di Vietnam

Baju Kurung Cotton ready made memang berlambak kat Ho Chi Minh. Korang pilih je ikut hati memasing. Harga untuk Baju Kurung Cotton bermanik sekitar RM35-50 je. Aku beli masa tu kat area Malaysian Street. Memang macam-macam pilihan ada.

Benda wajib shopping di Vietnam

Baju Kurung Cotton polos ni pulak berharga RM28 jek. Murahkan….tapi ada size untuk anak dara aku jek…

Benda wajib shopping di VietnamKain lace bermanik ni plak khas untuk buat jubah. Berpinau biji mata nak memilih…semua lawa-lawa 🙂 3.5 meter berharga RM45.00. Itu harga dah habis tawar dah…tak boleh murah lagi….

Benda wajib shopping di VietnamPaling sakan aku borong adalah kain cotton. Buat stok setahun punya baju baru…hehehehehe…Bukan selalupun dapat pergi melancong ke Vietnam kan? Haruslah beli stok banyak-banyak. Tapi Awas! Jangan lebih muatan sudah….Harga kain cotton mengikut kualiti kain. Ada yang mahal..ada yang murah..Harga kain cotton di Vietnam adalah semurah RM18.00 hingga RM40.00. Kalau nak beli kain cotton murah, sila pergi kedai kain cotton LYNN. Memang berbaloi-baloi 🙂

Benda wajib shopping di VietnamSelain kain cotton, kain wajib beli ialah kain satin. Memang berbaloi dengan harganya. Semeter kain satin di Ben Thanh Market ialah USD2 (RM7.00). Memang jenis satin yang lembut. Sesuai untuk buat baju Melayu dan lining baju.

Benda wajib shopping di VietnamKain lace di Vietnam tidaklah sehebat lace di Jakarta dan Bandung. Sangat terhad. Aku punya stok lace yang beli kat Bandung haritu tu dah habis. Selalunya aku akan beli untuk 2-3 tahun punya Raya 🙂 Mintak-mintak dipanjangkan umur kan…bukan apa…kat KL ni mahal bebenor walaupun ko beli kat Kamdar tu…apatah lagi kalau nak beli kat Jakel atau Gulatis kan….so, jangan terkejut jika akak borong kain lace banyak sekali. Tapi di Vietnam aku beli 3 helai je kain lace memandangkan berebut-rebut dengan perempuan cantik yang lain….langsung takde warna dah….Harga kain lace di Vietnam semeter USD5 (RM16.50).

Benda wajib shopping di Vietnam

Aku beli seluar jogging ni kat Saigon Square. Kak Chik Ella ada bagitau..dalam Ben Thanh Market murah-murah tapi aku tak jumpa dan malas nak pusing lagik. Bila nampak si kecik beli kat Saigon Square, aku pun sambar 2 helai. Sehelai jatuh USD10. Murah kan?

Benda wajib shopping di Vietnam

Aku ada habit bila pi travel (especially yang di TAJA) mesti nak beli luggage..hehehehehe…Disebabkan frust giler pasal luggage yang aku beli masa travel ke Beijing tempohari dah patah roda akibat kerakusan staff MAS :(…maka aku terpaksa beli luggage baru (luggage pun dah diperbaiki lepas jumpa kedai repair beg best di Kuala Lumpu…nanti kita story mory ek). Memang dari Malaysia aku tak bawakpun beg besar cuma bawak beg besar serbaboleh sebagai spare.

Perkara pertama sampai…wajiblah cari luggage kan? Kalau takde…mana nak sumbat barang-barang shopping nanti. Kami bernasib baik sebab diberitahu oleh Syukri, manager Restoran Halal Saigon SeriPenang kedai beg murah di Ho Chi Minh. Tapi aku tak ambil pulak bisnes kad makcik tu. Apa yang aku boleh bagi tau…sebelum jumpa Restoran Halal Saigon SeriPenang, anda akan jumpa kedai makcik beg ni. Tak pun…anda pi makan kedai Restoran Halal Saigon SeriPenang dan boleh tanya dengan Syukri. Selain tu, anda akan diberikan bisnes kad Restoran Halal Saigon SeriPenang + kad diskaun untuk kedai seluar jeans Lyna. Serius…memang dapat diskaun dari Lyna tu jika ada kad diskaun. Dahlah murah…dapat lagi murah jeans idaman korang 🙂

Macam-macam jenis beg dijual kat kedai makcik beg tu…dari yang kecil hingga beg besar yang boleh muat korang sekali…hehehehehe…Pelbagai pattern dan brand. Luggage aku yang warna pink tu dari jenis Samsonite. Aku beli dalam USD40 (RM132). Beg Dueter sederhana besar dalam USD10..yang kecik pulak USD5 (RM16).

Tips : Kalau anda ingin beli beg…sila pergi waktu malam sebab harganya lebih murah berbanding waktu siang. Serius hokey! aku dah terkena. Hari nak balik tu aku konon-konon nak beli luggage kecil sedikit…tapi bila tanya…harganya adalah sama dengan harga luggage yang besar gedabak tu…langsung tak jadi beli dan terkesan jugaklah….

Benda wajib shopping di Vietnam

Jangan lupa wrapping beg anda..tapikan dah warpping pun boleh patah roda jugak. ganas sungguh dorang ni tau…

Tips : Kalau nak wrapping beg…wrapping keseluruhan beg. Balut dengan rodanya sekali.

Berapa jumlah wang nak bawa untuk shopping di Vietnam?

Terpulang. Ikut simpanan masing-masing. Namun perlu diingatkan, jika lebih membeli…maka lebih pula timbang berat beg nanti. Bab berat anda perlu bijak. Balik shopping terus timbang kat hotel. Kebanyakkan hotel di Ho Chi Minh akan menyediakan timbang. Jika terlebih belipun, sediakan duit untuk dikenakan denda lebih muatan nanti. Mudahkan?

Jika ditanya berapa aku habiskan duit untuk berjoli sakan di Ho Chi Minh? Termasuk kos makan, kos teksi  dan kos ke Chu Chi Tunnel, aku habis dekat USD305 + RM1,000.

Matawang apa yang boleh digunakan di Vietnam?

Anda boleh menggunakan matawang USD, RM dan VND. Namun harus diingatkan, anda perlu bijak untuk membandingkan ketiga-tiga matawang tersebut. Matawang USD seringkali berubah-ubah. Kadang-kala USD murah…RM mahal..VND murah…pandai-pandailah nak hidup 🙂

Jika anda bukanlah bijak sangat atau malas nak tau kenaikan matawang asing ni, anda perlu tukar VND dalam kuantiti yang sikit jek. Cukup untuk makan dan teksi. Selebihnya, korang boleh berjoli sakan dengan Ringgit Malaysia. Duit Malaysia memang digemari rakyat Vietnam.

Adakah aiport di Vietnam dikenakan tax?

Tidak perlu. Jadi anda boleh habiskan duit anda ek….

p/s : Tips dan panduan ke Ho Chi Minh ini berdasarkan pengalaman aku je. Terlebih terkurang mohon maaf ye.

74 thoughts on “Apa yang menarik di Ho Chi Minh?”

    1. Salam Khatijah…RM1,000 tu untuk 3 hari…itupun makan ada yang orang sponsor. Kalau guna sepenuhnya dit sendiri maybe tambah 100 ke 200 ratus je…pandai-pandai berbelanja…

  1. Salam kak..nak tanya kat mana kedai lyn yg juall kain cotton murah2 tu. Dlm psar ke. Kdai no brp. Harap akak boleh bantu saya yg br nak pergi hcm bln 10 ni. Tq.

  2. As salam kak.. Hotel ape yg murah2 tuk 4h 3mlm hihi xsabar nk p 24/1/15 ni
    Da google tp nk jugak mintak pendapat akk kalu boleh nk cari hotel dekat dgn
    Pasar borong..senang nak shoping. Tq bg cerita yg menarik

  3. Assalam..

    TQ tuk citer menarik ni.. sy & family mmg nak pegi, in sha Allah Januari depan. Kt sana, admin de guna tour guide x? servis & hrga ok ke?

  4. Assalam sis.
    kat ho chi minh shopping mall dia ok jugak tak?
    Banyak pilihan mall tak? Reply pls.. tq sis 🙂

  5. Salam,
    Jom pegi bandung murah jer 235rm per person for 3day 2night (included hotel, transport, and entrance fee)

    Tentative Program
    Day1
    *Tiba di airport Bandung
    *Pasar Baru trade center
    *Lunch Check in Hotel
    *Toko Tiga ( Branded Jeans )
    *Membeli-belah di Factory Outlet
    At Jalan Riau (Heritage,
    Cascades,The Summit, For Men, The Stamp,Terminal Tas, dan The
    Secret )
    *Dinner dan kembali ke Hotel

    Day2
    *Gunung Tangkuban Parahu
    *Ciater Hot Spring
    *Kebun Strawberry and tea park
    *Lunch
    *Membeli-belah di di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre
    *Membeli-belah di Jalan Dago (Grande, Episode, Edward Forrer, Natural, etc)
    *Dinner & kembali ke Hotel

    Day3
    *Check out Hotel
    *rumah kain sulam kat taman kopo
    * cibaduyut-shoes and jacket leather original
    *Oleh-oleh Bandung (cake Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
    *Airport transfer

    Term and condition
    *included transportation for 3day2night type kereta 7seater all included
    *included 3 room deluxe ~king bed size hotel 3star also include free buffet breakfast
    *included entrance fee tangkuban perahu sahaja
    *Tentative bersifat Free & Easy, program boleh diubah mengikut keadaan semasa
    *minimum 6 pax
    *not included lunch and dinner
    *not included ticket flight and airport tax
    *we dont need deposit~all payment at last day in bandung

    sila contact kami untuk sebarang pertanyaan di :
    whatsapp : +62 838 2178 9103 (fast response)
    emel : icanyorke@yahoo.com
    Bandung Amanah Transport

  6. salam kak…best bca blog akk ni.inyaAllah bln 3 sy nk pi sna..just nk tnye akk ada x list untuk matawang.. sbb akk ckp vietnam gne 3 matawang..tkt plk xcukup bajet. tq akk

  7. I baru abis shopping kt vietnam..mmg berbaloi2….lepas ni klu dtg lagi u try ushar Tandinh Market…kat situ ada jual vetnamess cotton good quality …sesuai utk beli utk diri sendiri …rm 40 sepasang…klu nk borong bnyk murah rendah sikit quality…..elok berbelanja di cho binhtai market..atau dipanghil chinesse town…kat situ mmg lagi murahh sesuai utk org yg berniaga jubah 3.5 m boley dpt rm 27.00 sahaja….kalau kt ben thanh market area malaysia street tu kedai zaymah ble dpt cotton yg biasa rm 23.00 sepasang….so far tempat pling murah chinesse town kot rasanya….

  8. saya 13hb 3 nie cadang nk g bali g hubby,,tapi pikir2 semula ramai kter xder specil sgt sane..nk shopping2 barang mahal..so pikir2 balik g vietnam jelah plo2 servey citer akak cm best jer vietnam…so nk g laaa tunggu cuti sekolah nie laaa……anak comfirm2 kena tinggal umoh adik dah nie..heheheheh

    1. Saya dah balas dgn email.

      No. kedai memang tak igt sb kad dah hilang. Tapi cuba cari kedai yg buat kot. Kedai lace murah tu sebaris ngan kedai buat kot tu. Lagi senang cari pintu masuk kat bulatan yg ada kuda tu….

  9. salam…insyaAllah saya akan vietnam pada pertengahan bulan 4 ni menaiki air asia.. ni adalah kali pertma sye ke vietnam… visi redah cari brg.. persoalan sya.. bleh kah saya membawa mknan segera seperti mee segera, roti, biskut ke dalam kabin pesawat.. mohon penjelasan senior2.. huhu

      1. terima kasih bnyk2 akak.. ni firstime naik Air Asia ni..huuhu.. aritu naik saudi airline.. ketat jgak dia pnye security.. ni sye ade amik laggage 20kg.. tp dia ade limit ke tak untuk bilangan beg untuk ckupkan 20kg.. sbb aritu time saudi airline dia limit tuk 2 beg je.

  10. Slm kak.. Sy nk tny lh bhsa yg di gna kn kt sna bhsa ape ye sbb sy ni xpndai sgt nk speaking 🙂

    1. Wasalam…hehehehehe…akak pun grammer tunggang langgang…tp kasi hentam je campur2 ckp ngan org vietnam ni…dorang paham je…tp kebanyak peniaga kat sana boleh ckp melayu…dont worry

  11. Assalamualaikum wr.

    Subhanallah walhamdulillah wallahuakbar!! :’)

    Terima kasih sangat kerana begitu terperinci sekali info tentang percutian sis di HCMC. :)) begitu teruja saya membaca nya walaupun it’s a year ago… rasa baru saja kan sis pergi…

    Saya in shaa Allah akan ke sana dalam 2 hari lagi.. in shaa Allah.. first time sis! jadi subhanallah best dapat baca all these info…

  12. as salam…akak g chu chi tunnel tu pakai pakej ke? saya ingat nak g cuti sek nanti tapi tak nak pakai pakej dr malaysia.so kat sana akak naik pe ke chu chi tunnel tu?

  13. Nak tnya sikit la… apa nama kedai kot tu ye…
    utk baju kurung yg dh siap… ada pelbagai size ke…

    1. Maaf. Kad kedi tu dah hilang…tak dapat nak acakap camner kat mana kedai tu cuma kalau ikut pintu masuk dari rpound about yg ada kuda tu…memang dah senang nmpk kedai dia

  14. Assalamualaikum kak, erm saya nk ke v6 juga..akak g kdai2 semua tu main terjah je ke atau akk dh stdy dulu nk p mana dulu..mana yg dekat dengan hotel semua?map boleh refer mana ye

    1. Waalaikumusalam…kedai2 kain tu main terjah je…tapi yg kedai kain cotton tu memang ada member rekemen. Kalau nak dekat den thanh…banyak hotel area situ. Pink Saigon antaranya…akak tak guna mana2 map pun…terjah je…hehehehe

  15. Hi, saya nak tanya dimana ada jual kain cotton atau waterprof diarea kuala lumpur malaysia? Jika ada contactnya boleh berbagi pada saya 🙂 terima kasih.

    Salam.

  16. Assalam. Saya akan ke vietnam minggu depan. Kami pergi berempat dan tak check in baggage dari klia. Semua hand carry. Tapi bila balik ke kl di airport ho chi minh boleh tak check in luggage dan bayar di sana. Thanks

  17. Salam hi sis. Saya nak tanya tentang penggunaan RM tu. Harga dia dkt sana nnti kita kena convert sendiri atau dia dah tetapkan berapa RM. ?

  18. salam kak

    kalo duit cash akk habis…nak g ATM , bank apa ada?sy akan ke HCM tp xpasti nak bw cash byk mana, baca macam byak je yg myrah n best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge