Surat Buat Kak Anon

Assalamualaikum Kak Anon…

Kak Anon….Akak Terkesan terbaca momen Kak Anon Maghrib semalam. Akak terkesan faham pada siapa yang Kak Anon tujukan tu. Akak Terkesan tak rasa pedas pun sebab lidah dah kebal dengan pedas-pedas ini. Akak Terkesan kentut pun tak bau jering sebab tak makan jering pun.

Semalam juga Akak Terkesan postkan karangan pendek buat Kak Anon. Akak Terkesan ni jarang nak marah-marah tak tentu pasal. Jarang Akak Terkesan luahkan apa-apa perasaan kat whatsapp, weechat ataupun facebook. Tapi…tipulah kalau Akak Terkesan kata takde langsung…kalau ada tu memang Akak Terkesan tengah terkesanlah tu…bak kata pepatah…sarang tebuan jangan dijolok.

Kak Anon….Akak Terkesan tahu apa yg Kak Anon tulis kat momen tu ada kaitan dengan Akak Terkesan. Tak payahlah Kak Anon nak kata…tu hak Kak Anon…Kak Anon berhak buat apa…tiada kena mengena dgn yg hidup ke mati ke…Mungkin Kak Anon dah terkentut bau jering agaknya…Deiiiiii…minaci….Dah terang lagi bersuluh kan….tak payah pusing-pusing….Akak Terkesan faham…Kak Anon dah mula rasa bersalahkan….come on lah Kak Anon…sekali Kak Akon petik nama Akak Terkesan….selamanya Kak Anon akan terkesan tau…..

Kak Anon…selama ini Akak Terkesan tak pernah pun kacau kehidupan Kak Anon. Kak Anon pakai henpon apa..pakai kereta apa..kereta buatan mana..ada duit berapa bilion dalam bank…tak pernah Akak Terkesan tanya Kak Anon…malah Akak Terkesan kagum dengan Kak Anon…dah ada kerja bagus…marketing sana sini…sales banyak masyyuk…ditaja cantikkan rumah…Akak Terkesan tak pernah tanya pun…

Kalaupun Akak Terkesan suka tayang rumah tu bukan apa…akak terkesan kan suka berhias. Manalah tau kot-kot Majalah Rumah ke, Majalah Dapur ke, Majalah Meja ke nak buat shooting kat umah akak terkesan…dapat akak terkesan income lebihkan. Lagipun tu semua pinjaman duniawi Kak Anon. Kalaupun Akak Terkesan terpossing sakan sambil pegang kereta Akak Terkesan…tupun sebab Akak terkesan nak buat kenang-kenangan. Manalah tahu lepas ni tukar kereta lagi…ahaksss!! Kalaupun Akak Terkesan pi jenjalan sambil selfie sanan sini..tupun sebab nak share keseronokan tempat yang akak terkesan pergi tu….nanti kak anon bolehlah ajak laki ngan anak-anak kak anon pi situ pulak…takdelah bila akak terkesan check in pi London…tetiba kak anon pun check in pi Paris tapi takde gambarpun…….come on lah Kak Anon….perlukah semua itu?

Akak Terkesan faham perasaan Kak Anon…Akak Terkesan pun pernah rasa terkesan sambil meleleh air liur bila tengok orang dok tayang beli beg LV kat overseas….tipulah kalau Akak Terkesan tak rasa jeles…tapikan Kak Anon. Bak kata pepatah ukurlah baju di badan sendiri. Akak Terkesan tahu…Kak Anon tengah bangga diri sebab Kak Anon dari anak dara sampai anak 3 baju still size S kan…..Nasihat Akak Terkesan….kalau nak beg LV yang original dan bukan Gred AAAA yang macam Kak Anon jual tu….kumpullah duit sikit-sikit. Penat-penat kerja…sesekali belilah barang yang kita suka. Biar lambat janji dapat. Akak Terkesan nak pi London tahun depan…Kak Anon nak kirim???

Oooooooo….mungkin kak anon nak akak terkesan tanya kot…maaflah…akak terkesan bukan kaki sibuk nak tanya tu ini….akak terkesan banyak kerja lain nak buat tau….tak sempat nak update status weechat ke fb ke setiap 2 minit…kekadang tu ada terlepas jugak…maklumlah sarang akak terkesan dah dijolok…marah jugaklah akak terkesan…

Tapikan kak anon…memang akak terkesan tak sangka rupa-rupanya wajah kak anon yg macammmm????macam sapa ek….alah kak anon selalu letak gambar dia sbg profile picture kak anon….sapa ntah…rupa-rupanya sikap kak anon memang hodoh.

Kak anon pura-pura tanya akak terkesan akan kehilangan misteri kawan kak anon. Kak anon kata…kak anon dah tak boleh bukak fb kawan kak anon…mungkin kena block…kak anon kata lagi…call pun dah tak dapat…misteri sungguh kawan kak anon tu kan….

Rupa-rupanya….kak anon tanya sebab kak anon dah tak boleh lihat semua aktiviti kawan kak anon kan…..ooooo….stalker ek rupanya kak anon nie….mesti kak anon nak tengok kawan misteri kak anon tu tengah buat apa…makan apa..pakai baju apa..pakai beg apa…shopping kat mana kan…bila dah tak boleh tengok…kak anon pura-pura tanya akak terkesan sebab akak terkesan kan baik dengan kawan misteri kak anon. Kenapa kak anon? Kak anon tak puas hati dengan kawan misteri kak anon ke?

Kak anon…kawan misteri kak anon tu takde maknanya nak suka-suka possing sambil menunjuk-nunjuk…lumrah selfielah kan…macam kak anon gak yang suka selfie-selfie sambil pegang beg Gucci gred AAA kak anon tu kan….tukar henpon baru pun kak anon tayangkan…beli kereta sendiripun kak anon sibuk update kan…come on lah kak anon…kak anon pun ada sifat tunjuk menunjuk tu tapi kak anon tak sedar kot….

Katanya kawan misteri kak anon tu kawan baik kak anon…buat apa nak jeles menjeles….jaga keluarga masing-masing lebih baik. Nasib kita tiada siapa yang tahu kak anon. Hidup manusia ibarat roda. Ada yang bermula berada  di atas…Ada yang bermula dari bawah…mungkin kak anon bermula dari bawah…sedikit demi sedikit makin meningkat. Bagus tu kak anon….rezeki Allah tiada siapa yang tahu. Kak anon dah senang lenangkan…makan bertatang…mandi bersabunkan permata…teruskan kak anon. Tiada siapa yang nak stalker kak anon pun.

Ni lagi satu akak terkesan nak pesan….kak anon cari duit lebihkan…berniaga tu…berniaga ni…nak dapatkan beg Gucci gred AAAA idaman kak anon tu….tolonglah jangan tag-tag sangat terutama kat budak bawah 18 tahun. Apalah depa tu tahu sangat pasal intim-intim ni…akak terkesan bacapun akak terkesan malu tau…dahlah tagging kat orang…habis semua ustaz-ustazah akak terkesan baca…nanti dorang ingat akak terkesan ni macam terdesak sangat pulak. Ingat tu ye kak anon. Kalau akak terkesan terasa berminat dengan beg Gucci gred AAAA tu akak terkesan cari jek kat Vietnam ke…Bandung ke…kadang-kadang iklan syok sendiri kak anon tu menggeli gelimankan……buatlah iklan biasa- biasa je…tak payah sampai intim ngan laki sendiripun mau citer semata-mata nak lakukan produk….sorry terpaksa luahkan ye kak anon.

Kak Anon…hentikanlah perangai hodoh kak anon tu…muka dah macam Zila Bakarin…janganlah sebab Kak Anon nak tahu sangat sampai stalker sana sini. Kak anon gak yang sakit hati nanti. Kak Anon jaga je keluarga kak anon sebab takut nanti diterbalikkan pulak. Pasal kawan misteri Kak Anon tu…tak payah nak serang hendap sana sini pulak…ada masa nanti akak terkesan update status ye…Kak Anon tukarlah hari2 nickname kat fb ke weechat ke…pakai nombor tepon banyak sikit…takdelah akak terkesan perasaan….

Kak Anon….Akak Terkesan lebih sikit je makan garam dari Kak Anon. Akak Terkesan dah rasa macam-macam pengalaman pahit manis kehidupan. Tu yang Akak Terkesan selalu terkesan. Tak kemanapun jika ada sikap iri hati tu. Tak salah iri hati…tapi janganlah obvious sangat. Sikit-sikit dahlah…..jangan tunjuk sangat…rosak hati tu lelama nanti. Tak guna pakai blink-blink…..kedut pulak muka tu nanti…makan jamu bertan-tan pun…nampak macam anak 10. Kalau hati bersih…muka banyak jerawat pun nampak manis jek….

Akhir kata buat Kak Anon, tak perlu edit momen anda…edit je sikap anda. Delete terus rasa iri hati tu. Tak perlu block weechat ke..whatsapp ke..FB ke..dengan Akak Terkesan. Akak Terkesan professional. Takde hal. Takde nak nyorok sana sini. Block je hati anda dari rasa tidak kesenangan di atas kesenangan orang ke kesusahan orang ke…Hidup kita tak lama Kak Anon. Jaga diri masing-masing lebih bagus. Akak Terkesan mohon maaf jika surat buat Kak Anon ni buat Kak Anon kentut-kentut bau jering. Kak Anon masih boleh jadi stalker tegar Akak Terkesan sebab Akak Terkesan takde nak block-block orang ni. Dulu-dulu Akak Terkesan pernah buat keje bodoh tu tapi takde pekdahnya. Maafkan Akak Terkesan di atas keterlanjuran dan kekasaran bahasa Akak Terkesan ye. Semoga Tuhan beri petunjuk buat Kak Anon. Buat bakal-bakal Kak Anon yang lain…tak perlu nak komen benda-benda yang menyakitkan hati. Akak Terkesan faham..Kak Anon-Kak Anon meminati kehidupan peribadi Akak Terkesan dalam diam kan….Akak Terkesan tak kisah pon…Tapi tak payahlah sampai nak tanya benda-benda yang Akak Terkesan tak suka. Akak Terkesan tak kacau Kak Anon…Anak Cina Makan Pengat…Sendiri Mau Ingat….

Salam Maaf Dari :

Akak Yang Selalu Terkesan

1 thought on “Surat Buat Kak Anon”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge