Ujian Pap Smear Penting

Bila kali terakhir korang buat ujian Pap Smear? Aku belum pernah sekalipun. Anak keduaku dah nak masuk 10 tahun. Kenapa tak buat? Sebab aku ni penakut. Penakut tahap gaban. Entah paper ntah kan…semuanya takut.

Aku adalah salah sorang di antara golongan kaum wanita di Malaysia yang sangat takut nak buat ujian Pap Smear. Momokon kesakitan terlampau sering menghantui aku. Momokon muncung itik yang digunakan untuk ujian Pap Smear bisa mengecutkan hati dan jantungku.

Dan paling ditakuti…..adalah keputusan ujian pap smear itu sendiri. Dan kerana itulah aku sering bertangguh-tangguh untuk lakukan ujian Pap Smear tersebut.

Dengan tekad hati sebulan yang lepas, aku dengan jayanya memberanikan diri untuk melakukan ujian tersebut. Aku buat di Klinik Bahiah, Saujana Utama Sungai Buloh. Itupun berbalam-balam hati nak kesana.

Sementara tunggu doktor panggil masuk, kaki tangan semuanya dah sejuk. Bila doktor panggil masuk bertambah-tambah sejuk jadinya. Sebelum pemeriksaan dilakukan, korang kena buka seluar dalam terlebih dahulu. Perlukan diingatkan lebih mudah korang datang pakai kain je terus. Kemudian, aku disuruh baring dengan lutut dibengkokkan seolah-olah macam nak bersalin tu. Dan doktor akan mula membuat prosedur ujian Pap Smear.. Sambil tu doktor akan tanya berapa lama korang kahwin, anak berapa, pernah buat ke tidak. Tangan doktor mula mengambil alat-alat untuk ujian pap smear. Sambil layan doktor cakap tetiba rasa sejuk jek…pastu doktor akan memasukkan alat yang dikenali sebagai speculum dimasukkan ke dalam vagina korang. Memang terasa jugaklah tapi tak sakit mana seperti yang aku selalu bayangkan. Buat relaks jek. Doktor akan suruh korang tarik nafas sambil borak-borak ngan korang. Dah selesai tu doktor akan ambil contoh sel vagina korang untuk di hantar ke makmal.

Dan….semasa prosedur ujian Pap Smear tu…doktor sempat berkata “ada pendarahan sedikit ye Puan” “Kenapa Doktor?” tanya aku tak puas hati. “Nanti kita hantar ke makmal dulu ye Puan” “Okay dah siap Puan”. Tak sampai 10 minit pun. Memanglah tak lama tapi hati aku dah tak sedap pulak rasanya. Kenapa berdarah pulak ni….tapi aku tak berani tanya lebih-lebih plak. Doktor kata kena tunggu 5 hari untuk keputusan Pap Smear tersebut. Aku buat hari Jumaat…tolak 2 hari cuti…so Jumaat berikutnyalah dapat keputusan. Ya!Allah…lamanya…Dengan langkah lemah longlai ditambah muka serabai giler aku keluar dari bilik doktor. Bila Encik Suami nengok wajah aku yang macam Mr. Bean tu dia pun mula bertanya itu dan ini. Aku cakap “berdarah..kena tunggu 5 hari”. Itu je. Kemudian dia tanya apsal berdarah? Aku diam dan sediamnya. Sepanjang perjalan balik dari klinik menuju ke rumah mak aku, aku diam lagi. Kat rumah pun aku diam lagi. Aku tak cerita apa-apa pun kat dia. Dia memang dah faham ngan perangai aku tak tanya apa-apa lagi. Thanks! Sepanjang malam aku mula buat researchBerlaku Pendarahan Semasa Pap Smear“. Bermacam-macam info aku jumpa. Dari yang biasa-biasa sampailah yang ngeri. Ya! Allah…takutnya aku. Aku takut jika ada sesuatu yang tidak kena dengan diriku sebab kekadang aku rasa macam ada simptom dengan penyakit-penyakit bahaya tu terutamanya tentang senggugut. Sepanjang malam aku menangis. Dan macam biasa…aku tak nangis depan laki aku. Aku malu. Aku terus buat solat taubat dan solat hajat yang selalu aku tangguh-tangguhkan. Baru tenang jiwa aku. Dah dekat pagi baru aku boleh tidur. Tapi sebelum tidur aku mesej Encik Suami sebab aku bukan jenis yang suka mengadu face to face. Aku pemalu hokey! Aku mohon ampun dari laki aku. Jika sesuatu terjadi pada aku, aku mohon jangan tinggal aku. Dan pagi itu baru aku dapat balasan mesej dari Encik Suami. Ringkas je jawapannya. Jangan risau dan fikir positif jek. Aku pun text beberapa kawan rapat aku. Dorang pun bagi jawapan macam laki aku. Semuanya suruh berfikiran positif. Aku cuba.

Tak sampai 5 hari, aku mendapat panggilan dari Klinik Bahiah. Berdebar sungguh hati aku. Staff klinik tersebut suruh aku ambil keputusan Pap Smear aku. Aku terus tanya staff klinik tu tentang keputusan Pap Smear aku. Normal. Alhamdulillah. Barulah aku lega dan sujud syukur. Terima kasih Tuhan kerana mendengar doa-doa hamba yang hina ini. Sekurang-kurang aku bebas dari penyakit berbahaya. Mohon di jauhkan.

Bila aku dah buat ujian Pap Smear ni, aku mulalah hebohkan pada kengkawan kesayangan aku supaya pergilah buat ujian tersebut. Sungguh! tidak menyakitkan. Aku yang penakut ya amat ni berani buat tau….memang aku tau…kita bukan takut nak buat tapi kita takut untuk menghadapi keputusan ujian tersebut. Macam aku..tapi atleast kita dah lepaskan satu bebanan yang ditanggung sorang-sorang. Lepas ni kena jaga pemakanan.

Tips & Panduan sebelum membuat ujian Pap Smear :-

  1. Jangan melakukan hubungan suami isteri dalam tempoh 24 jam.
  2. Jangan memasukkan apa2 jenis ubatan ke dalam vagina dalam tempoh 24 jam.
  3. Jangan memakai tampon/pantyliner.
  4. Digalakkan untuk melakukan ujian ini selepas 7 ke 10 hari selepas period (aku buat hari ke 14 sebab period bulan tu panjang sikit).

Terima atas kata-kata positif kengkawan kesayangan aku. Love you…

4 thoughts on “Ujian Pap Smear Penting”

  1. Akak pun takut lin.cuma hari tu akak jumpa gynae senior kt KPJ dia kata pap smear buat setahun sekali dan itu hanya utk kesan yg kat pangkal rahim jer. Lebih accurate dia kata kena setiap 6 bulan ambik darah dan gynae akan periksa sbb dia kata yg tu baru blh detect cyst, barah dan apa ntah lagi satu. Baru ni check Alhamdulillah semya takde tp next appoinement november. Dia siap comfort kan dan kata tak sakit..semoga kita semua dijauhi lin yer penyakit berbahaya.. takut lin ooii..
    ziana recently posted..KUALA KEDAH..My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge