Mendobi di Dobi Papa

Salam Jumaat semua. Sekejap je dah hari jumaat. Sekejap je dah bulan Jun. Sekejap je dah nak Ramadhan.

Aku ni jenis orang yang malas basuh kain hari-hari. Aku suka kumpul 2-3 hari baru nak mendobi. Bukan apa. Sekarangkan musim hujan. Bila sidai tak kering kain jadi tak sedap bau nanti walaupun pakai sabun cap tut 🙂

Memang dah lama nak buat kerja giler ni. Tapi aku ada rasa macam malu plak nak hantar kain ke dobi. Alternatif nak tutup rasa malu…aku cuba hantar kain baju ke dobi self service.

Pada mulanya memang rasa malu gak nak pi dobi layan diri ni. Sebab takut orang ingat malasnya dapat bini macam aku kan. Tapi en Suami pun bagi galakan sebab kesian tengok bini kot. Asal balik kerja je melepek…..hehehehehehe…

Kami try Dobi Papa di Saujana Utama, Sungai Buloh. Dekat je ngan umah kami. Bawak 2 beg besar Ikea tu….giler…macam sebulan tak basuh kain….hehehehehe…

Dobi Papa Saujana UtamaNasib baik takde orang sangat. Masa mula-mula sampai tu..memang jakun sikitlah sebab tak tahu guna camner. Seorang kakak ni dah nampak aku terintai-intai datang bagi penerangan. Terima kasih kakak.

Dobi Papa Saujana UtamaMudah je nak buat dobi layan diri ni. Syaratnya kena guna duit syiling 0.50. Jangan risau, ada mesin tukar duit syiling disediakan di Dobi Papa. Ada 2 jenis mesin basuh di Dobi Papa. Satu mesin untuk 14kg dan satu lagi untuk 10kg. Aku bubuh kain untuk 2 jenis mesin basuh tu. Untuk yang 14kg berharga RM6.50 (untuk air sejuk/biasa). Untuk yang 10kg plak berharga RM5.00 (untuk air sejuk/biasa). Jenis air pun korang boleh pilih. Ada sejuk/panas/suam. Gaya bebas ye. Sabun juga adalah percuma di Dobi Papa. Korang bawak softener jek…

Dobi Papa Saujana UtamaMusim hujan ni memang kain agak susah nak kering cepat. Masuk je dalam mesin dryer ni. Sekali masuk cuma RM4.00 jek. Korang boleh pilih suhu gak. Ikut jenis kain masing-masing. Tapi bagi aku baik pilih yang paling panas sebab konpem kering. Mudah tak? Sambil tunggu kain yang lain kering, boleh lipat baju lagi kat situ. Nak iron pun boleh hantar kedai sebelahnya. Life is easy maaaa….ada $$$$ semua boleh jalan. Tapi laki aku kata…sebulan sekali bolehlah…seminggu sekali…kopak kot…sekali gi dekat RM20++. Phewww….

Orang Saujana Utama boleh lah cuba ke Dobi Papa ni. Sekarang ni dah bukak branch dekat Bandar Baru Sungai Buloh, berdekatan Econsave Sungai Buloh. Lagi senang 🙂

Kalaulah ada mesin lipat kain sekali????kan lebih indah….hehehehehe…..

2 thoughts on “Mendobi di Dobi Papa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge