Nasi Arab di Hadramawt, The Curve

Cuti sekolah ni takde plan pun nak bercuti atau berjalan-jalan. Memandangkan Ramadhan dan Syawal bakal menjelma..kenalah berjimat cermat. Nasib baik anak-anak memahami..lagipun cuti sekolah bulan 3 ritu dah bawak berjalan. So kena tunggu Disember pulak lah…Ada peluang pun…jalan-jalan kat shopping mall jek….

Kami sekeluarga jarang makan nasi arab. Mungkin tidak kena dengan tekak orang Malaysia kot. Baru-baru ni…Restoran Hadramawt buka cawangan baru di The Curve. Terpegun dengan baju pak Arab yang tengah hulur-hulur pamplet kedai baru dorang, en Suami pun sibuk ajak kami ke situ.

Restoran Hadramawt, The CurveTerletak kat bahagian restoran-restoran makanan di The Curve. Takdelah besar sangat tapi okaylah.

Restoran Hadramawt, The CurveBudak yang susah sangat nak makan kalau tak bersuap….

Restoran Hadramawt, The CurveBudak ni memang kuat makan sekarang. Ayam memang makanan feveret dialah…

Restoran Hadramawt, The CurveSerius….Mango juice ni memang sedap. purely mangga….

Restoran Hadramawt, The CurveAntara menu utama di Restoran Hadramawt. Memang tak reti nak order yang mana satu…hentam sajalah…janji ada nasik…

Restoran Hadramawt, The CurveAku pilih menu ni….memang sedap. Tapi dinasihatkan pada yang tidak berapa kuat makan…sila jangan order banyak-banyak sebab portion nya memang untuk 2 orang makan. Tu akula…korang tak taulah…

Restoran Hadramawt, The CurveKami order 2 menu je sebab kalau order banyak mesti tak habis. Dan ayam ni pun siap tapau sebelah lagi bawak balik.

Restoran Hadramawt, The Curve

Tq babah…..

Nota MrsLittleVoice : entri di atas bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk macam aku sorang je boleh makan sedap-sedap. Tiada sekelumit pun rasa untuk show off. Mungkin blogger boleh memahami isi hati seorang blogger tapi tidak pembaca kot. Tujuan entri adalah memberi maklumat pada sang pemakan-pemakan tegar yang dahagakan air sedap…yang laparkan makanan luar biasa. Itu saja.

7 thoughts on “Nasi Arab di Hadramawt, The Curve”

  1. Amboi ayat bawah tu terkesan sungguh…wo sedap woo..akak selalu g yg dekat prince court situ..order?? Sama jer lin dgn apa yg engkorang order..terkesan tak?
    ziana recently posted..KUALA KEDAH..My Profile

  2. Wah…boleh terjah la nanti…betul tu Alin…hanya blogger jer yang faham isi hati blogger..kita memang x nak menunjuk tp just nak share kan…selain tu kita jugak secara langsung membantu peniaga tersebut..dah tentu2 lepas tu ramai yang terjah hasil review kita kan…buat donno je kalau ada yang buruk sangka…yang penting kita tau niat kita…
    suriaamanda recently posted..Gang2 Mesyuarat TingkapMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge