Entri Khas Hari Raya Aidilfitri 2014 (Part 1)

Assalamualaikum…..lama kan akak terkesan hilang dari radar korang….Bulan puasa tahun ini amat terkesan buat akak sebab keadaan badan yang tidak sihat sokmo. Sebulan puasa dengan dugaan demam panas, selsema, batuk, demam balik, batuk balik. Selalunya aku batuk 2 minggu dah elok…tapi kali ini dekat sebulan. Puas berubat dari moden hinggalah ke tradisional. Akhirnya, alhamdullilah masa raya terus elok dengan sendirinya.

Amacam raya korang? Meriah tak? Sekejap je dah raya ke 11 kan…Hari raya kita kena bergembira kan..mestilah meriah…

Raya tahun ni aku still beraya di kampung halaman nenek moyangku, Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor. Raya ke 2 baru aku pulang ke kampung suamiku yang tercinta pula. Actually, rumah ibu mentuaku bukanlah kampung…tapi rumah taman. Bila balik ke kampung ibu mentuaku di Chembong, Rembau…barulah rasa kekampungan sedikit.

Macam raya-raya sebelum ini, setiap kali hari raya…aku akan menempah sekurang-kurangnya 5 @ 6 pasang baju raya. Untuk tahun ini, kebanyakannya aku beli siap je masa pi Ho Chi Minh ritu. Tempahpun cuma 3 pasang je. So, baju raya aku tahun ni ada 7 pasang semuanya. Konsep aku, baju raya merangkap baju pi kerja aka baju pi orang kahwin. Untuk anak-anak dan suami pun aku buat kaedah yang sama. Kalau ada 7 warna baju aku…maka baju dorang pun aku akan mix & matchkan.ย Dalam masa setahun takde nak tempah atau beli baju dah…..That’s why…baju raya aku banyakkk sekali….

Seperti kebiasaan, Matusan Clan memang akan sedondon baju rayanya. Tahun ini, kami memilih warna Emerald Green. Kerlasssss ko jahhhh!!!warna feveret akak terkesan tau….

Beraya di Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh….

Pada kebiasaannya, kampung aku masih mengamalkan budaya baraan. Baraan dilakukan pada malam raya, selepas bertakbir di surau atau masjid, orang kampung akan berarak pula dari satu rumah ke satu rumah dan akan bertakbir di setiap rumah yang dikunjungi. Memang meriah masa tu. Teringat zaman kanak-kanak dulu. Selagi orang kampung tak datang baraan, mak tak bagi kami tidur walaupun jam dah pukul 1 pagi.

Aidilfitri 2014

Selepas bertakbir raya, orang-orang kampung akan dijamukan dengan ketupat rendang yang siap mak aku masak siang tadi.

Setiap kali malam baraan, abah aku mesti sediakan buah anggur untuk kawan-kawannya.

Aidilfitri 2014

Baju Raya Emerald Green

IMG_4427

IMG_4461

IMG_4460

IMG_4544

IMG_4466IMG_4470

IMG_4511

IMG_4509

10454272_10203153168088229_4295722617184660371_o

IMG_4489

IMG_4480

Dan seperti kebiasaan hari raya, selepas bermaafan dan berpossing…kami akan gerak balik kampung mak aku plak di Kampung Paya Jaras Hilir. Sebelah kampung aku jek….hehehehe…aku tak kisahpun bila orang cakap…dekat je kampung kau…janji suasana kampung kan…Ada 7 buah rumah nak beraya ni…selalunya kami akan habiskan dalam sehari raya pertama tu sebab esoknya baru kami menunggu kunjungan saudara mara plak.

20140728_152005-001

20140728_151748-001

IMG-20140731-WA0008IMG_20140728_130145Dah besar anak buah Cik Lin nie….dulu selalu ngekor aku ngan moksu ita dia. Tak lama lagi jadi doktor Arif ๐Ÿ™‚

IMG_45338951119436Sebahagian IB Clan….ramai yang ngelat ni…

Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilitri buat adik beradik, saudara mara, teman-teman samada yang pernah jumpa mahupun cuma di alam maya. Saya menyusun sepuluh jari memohon berjuta kemaafan sekiranya kata-kata saya, coretan saya, nukilan saya membuat anda terasa…tesentap…terkesan…siapalah saya ini…cuma insan kerdil. Sesungguhnya kesilapan itu bukanlah disengajakan. Salam Aidilfitri buat semua. Panjang umur, bertemu lagi kita di tahun hadapan.

p/s : baju raya tahun depan pun aku dah beli….hehehehehehe….

7 thoughts on “Entri Khas Hari Raya Aidilfitri 2014 (Part 1)”

  1. Assalamualaikum kak alin. ehh kenapa kat rumah sheila takda orang datang baraan? sheila kan duk paya jaras dalam gak. hehehe rumah kita dekat dengan surau menghala ke welfare (kilang2)… rumah kak alin belah mana? hihiii anak dara kak Alin cute la. muka copy paste kak alin sangat.. hihiiii lawa emerald green tu ~~~
    Sheila Salim recently posted..Senarai Barangan Israel – Boikot SelamanyaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge