Percutian Pendek ke Langkawi

Kadang-kadang bila merancang bersungguh-sungguh mesti tak menjadi. Bila kebetulan, menjadi plak.

19 Syawal yang lepas, rezeki aku dapat ke Langkawi. Padahal dah beberapa kali merengek ajak laki pi berjoli ke Langkawi tapi tak dilayannya.

Bila laki kata nak ke Langkawi…melonjak sakanlah aku kan…Pergi pun tak lama, 2 hari semalam jek. Tupun kelam kabut call sepupu aku yang ada kat sana. Nasib baik hotel bajet masih kosong.

20140810_183853Kalau korang sesak sesat ke Langkawi…tak tau mana nak tuju…boleh cuba menginap di DNC Bay Hotel Langkawi ni ek. Dalam 5-10 minit jek dari Jeti Kuah. DNC Bay Hotel Langkawi  merupakan hotel bajet. Rujuk sini  atau sini untuk harga dan gambar hotel. Nak sewa kereta atau nak pakai pemandu pun DNC Bay Hotel Langkawi  akan sediakan. Jika mahu ke Pekan Kuah cuma 5 minit je dari DNC Bay Hotel Langkawi .

20140811_111029-001Hari ini…ini kawasan kak long ek….aku jadi pemandu pelancong sat…pusing punya pusing sampai tak jumpa beras terbakar…ahahahahaha… Memang Langkawi dah membangun pesat terutama kat area Pantai Cenang. Dah macam berada kat Thailand plak….berbeza dengan zaman yang aku gi dedulu….happening…..

20140810_161600Laki pi buat koje…bini gi sopping dulu…..Kalau ke Langkawi…memang tak sah kalau tak singgah ke Haji Ismail Group ni. HIG dah ada bangunan dan hotel sendiri. Memang maju sungguh HIG sekarang ni. Shopping Mall dan Hotel HIG sebelah menyebelah jek. Mak aku bila dengar nak ke Langkawi, memang laju je nak follow. Dialah yang sopping sakan kat HIG ni. Pinggan mangkuk ni memang feveret dialah. Aku tukang bawak jelah….

20140810_223607Kalau pi Langkawi tak borong coklat memang rugi besar…borong coklatlah paling haven 🙂 Anak2 aku pakat pilih coklat idaman hati masing-masing. Pilihlah nak…bukan senang mak nak belanjer korang ni….padahal duit apak dorang…hehehehe…

20140811_114626-001 Tengok mak aku tew…..suke ler tew dapat pinggan mangkuk idaman.

Mak aku tu selagi tak dapat idaman hati dia selagi tulah hati tak tenang. Puas aku racun beli je apa yang berkenan dihati sebab jauh kot nak patah balik.

Ada 2 tempat je kat Langkawi ni yang famous amous kalau nak beli pinggan mangkuk ke kuali ke periuk ke…Satu di HIG…satu lagi kat Idaman Suri. Tapi kat Idaman Suri dah tak menarik pinggan mangkuk…kalau dulu-dulu, banyak je pinggan mangkuk yang cecantik…la ni…tak meriah langsung. Kami tak beli apapun kat Idaman Suri.

Hari pertama, mak aku ronda-ronda jek…hari kedua baru dia borong. Aku plak beli kuali mangkuk Tefal yang bertutup. Kuali Tefal yang beli 2 tahun lepas pun tak pakai-pakai lagi…hehehehe..Pastu laki aku beli kuali ajaib ala-ala syarikat menang jual tu…tapi bukan cap yang glamer tulah…cap HIG gitew…

20140811_130645(0)

Hari kedua sementara tunggu feri berlepas pukul 4 petang, menunaikan permintaan anak bujang nan seorang.10394825_10203257846185116_8191118160635919992_n20140811_130014Menunaikan permintaan anak teruna. Sibuk sangat nak tengok helang. Siap request nak tengok yang betul-betul plak tew….

20140811_130238

20140811_125324-00120140811_125302Dah dua kali kami ke Langkawi ala-ala koboi. Semua cepat jek. Ngeh!Ngeh! Makan tahun lagi kot jika nak ke Langkawi. Tunggu pinggan mangkuk yang baru plak…hehehehe….

10 thoughts on “Percutian Pendek ke Langkawi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge