ANJ Burger Grill Kg Melayu Sungai Buloh

Bila dah tak boleh makan Mc Donald, kenalah cari burger cap lain plak. Pada dasarnya, memang makanan sebegini tak elok makan tapi kadang kala apa salahnya kan? Selera tekak den ni selalu berubang-ubah πŸ™‚

Kalau tak kerana bini sepupu aku yang mengandong yang selalu mengidam..memang aku tak tau pun ada kedai burger yang gojes kat area tempat aku (Sungai Buloh). Bini sepupu aku ni memang mengidam je hari-hari..hehehe…Dan hari-hari bertukar-tukar menu dia. Yang syoknya, kami tumpang test gak apa yang dia makan tu..hehehehe…

Korang mesti dah selalu makan burger bakar kan….aku memang jarang selain burger Mc Donald. Teruja dengan meatball lelehnya…kami pi serbu kedai burger bakarΒ yang sempoi lagi gorjes.

Awal-awal lagi bini sepupu aku ni dah bagitau, korang….kedai burger tu biasa-biasa je tau…bawah khemah je pong….

Takdehal punyalah…janji kena ngan tekak kami…

20140820_213536Gojes kan? Nilah kedai burger ANJ Burger Grill πŸ™‚ Korang tak payah bayangkan dalam kedai ke…dalam restoran ke…cuma di bawah khemah ditepi rumah sewa di tepian sungai. Semua pekerja adalah lelaki. Tokeinya aku tak tau….Aku rasa depa ni ni gelabah skit kot bila orang ramai serbu gerai burger dorang ni….tapi makanan tetap cepat sampai.

Pada orang Sungai Buloh, lokasi menuju ke Restoran Chiang Mai. Simpang nak ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh, belah kiri jek. Tak tau korang contact orang-orang ANJ Burger Grill.

20140820_213631Macam biasalah muka akak terkesan wajiblah ada dalam setiap entri akak kan…bukan apa….nak bagi tokey SNJ Burger Grill ni kenal akak…nanti senang akak nak mintak diskaun πŸ™‚

20140820_215338Yang ni combo RGB (Rasta Grill Burger) berharga RM11.50 jek. Ada burger + meatball + wedges + air. Berbaloi kan πŸ™‚ Tapikan…akak nak korang upgrade air korang tu….perbanyakkan air & air kordial yang sedap2 tau…hehehehe…akak ni biasalah…demanding aje kan…

20140820_215325Yang ni plak combo Monster Burger. Ada monster burger + meatball + wedges + air yang berharga cuma RM13.00. Memang puas hati makan monster burger ni. Daging bakar yang tebal dan roti yang besaq. Boleh sharing untuk 3 orang tau….kalau saiz mulut akulah….

20140820_214847Kalau orang taknak yang set pun boleh order yang alakad. Side dish pun adaaa….

20140820_213800Dah kenyang jom pulang….esok kami datang lagik…hehehehehe….

Akak terkesan memang terkesanlah makan burger korang ni. Menepati tekak akak ni. Semoga berjayalah perniagaan korang ni. Sebenarnya, bisnes nilah jugak yang di angan-angankan laki akak ngan adik ipar akak tew…maybe satu hari kot. ‘Little Voice Burger Grill’…walaweeeiiiii…..gempaq tak nama kedai akak….Pelan-pelan kayuh…mana tau satu hari boleh bukak macam restoran Mc D tu….

Korang boleh like FB ANJ Burger Grill

Alamat ANJ Burger Grill : Lot 70D, Batu 13, Kg Melayu Sg Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Boleh Contact :

Johar Jaffar – 019-2880209 (S.Buloh)
Mancot Milo – 019-2192219 (S.Buloh)

11 thoughts on “ANJ Burger Grill Kg Melayu Sungai Buloh”

  1. Salam,

    Jemput ke Warung kami Ayam Penyet Mar di Kampung Melayu Sg. Buloh.
    Rasai keenakkan puyuh penyet, keli, talapia, bawal, kembung dan ayam penyet yg di perap dgn rempah giling,
    terasa rempah hingga ke tulang. Sotong dan udang penyet kami menggunakan tepung tempura yg terbaik.

    http://ayampenyetmar.blogspot.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge