Kedai Kain Cotton Murah di Ben Thanh Market

Entri ini khas buat adik Mun yang bertanya nama kedai kain cotton murah kat Ho Chi Minh tu…nak bagi lokasi agak payah sebab Ben Thanh Market ni agak besar dan banyak pintu masuk.

Sepanjang aku kat Ben Thank Market tu…kedai nilah yang aku dok pergi. Ada gak kedai lain jual kain cotton dengan harga yang sama tapi hati aku lebih melekat kat kedai ni.

Buat Mun, kalau nak cari kedai cotton murah ni…Mun boleh cari kedai kain cotton murah Thuy Doc dalam Ben Thanh Market. Kedai dia nombor 480-526-528-530-532. Tak silap bahagian Timur kot.

38Cari gadis genit yang fasih berbahasa Melayu yang tersengih kat belakang tu. Nama dia sama ngan nama manja akak…Lin 🙂 Lin ni anak tokei aku rasa. Memang baik budaknya. Peramah dan tak sombong. Itu yang akak suka tau. Ada kedai tu kita tanya..dorang jawab macam muka mintak kena lempang jek….

20140829_120247Tu kad bisnes kedai kain cotton murah. Sampai sana, Mun boleh whatsapp2 Lin tu….

Harap info ini sedikit sebanyak dapat membantu Mun yang akan ke Viet Nam nanti. Akak pun teringin nak ke sana lagi…tunggu rezeki lebihlah kot.

13 thoughts on “Kedai Kain Cotton Murah di Ben Thanh Market”

  1. tima kasih alin marlini. siap bagi kad lagik. nk p sana jugak cari kain cotton. blog u mmg curlass..

  2. seronok baca entri akk…tq yer bg byk share info =)
    in sya allah sy nk p 15.06.2015 ..byj tips berguna ….

  3. Slm sis. Nak tanya duit RM masih kena terima x kat vietnam? Sbb currency dah turun kan huhu.26/10/15 ni sy fly ke sana , jln2? insha Allah.
    And klu bawa rm700 utk shopping, agak2 cukup tak sis, utk 2 hari. Thanks sis?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge