Layan Teenage Mutant Ninja Turtles 2014

Hai Mr W….macam tau-tau je hutang sudah habis…mulalah rosak tulah…rosak nilah….nasib badanlah….

Nasib baiklah buat perangai kat umah…kalau tengah jalan-jalan…memang haru biru akak tau….

10641288_10203370790408651_2818315473816812472_nHey! Mr W…janganlah merajuk lama sangat…susah kita tau.  Nanti kita cari Mr F  baru tau 🙂

Minggu lepas Mr W buat hal. Nak masuk gear tak masuk-masuk. Berjam-jam try still tak boleh gak. Akhirnya panggil lori towing hantar bengkel. Rupanya gearbox jahanam. Tulah…tau bawak je….huhuhuhuhu….

Akupun kenyit-kenyit mata ngan pak Rashid. Inilah masanya kita tukar keta baru. Aku dah termimpi-mimpi Mr F aku tu….tapi pak Rashid buat dek jek…dia kata sekarang adalah masa nak simpan duit. Masa nak pi bercuti kat obersea katanya. Walaweiiii…payah aku nak dengar kata-kata keramat dari pak Rashid tu…tiba-tiba aku terbayangkan Korea….wakakakakaka…Tapikan…pak Rashid tu bukan betul sangat…sat gi tau-tau dia bawak balik Mr entah apa-apa ntah…supriseee….

Dahlah cuti Merdeka 3 hari. Melepek dan melangok jelah kejenya…tak tau nak buat apa. Takde plan kemana-mana pun. Simpan duit nak beli Mr. F 🙂 Ngeeee….tipu….hahahahaha….

Nasib baik sehari je Mr. W masuk bengkel. Aktiviti paling senang dan mudah adalah tengok wayang. Tupun Qayyum dah merengek hari-hari nak tengok Teenage Mutant Ninja Turtles 2014 (TMNT). Layankan aje….

20140831_121055Paling senang kami tengok kat e-Curve jek. Puas ayat tengok citer lain…sebab aku takut ngantuk…akukan tak suka ninja-ninja ni sangat….

20140831_121316Susah nak amik gambar anak bujang akak tu sekarang…ada je helah dia…

20140831_122741Feeling-feeling nak bergambar bedua…tapi ada je budak sibok…bila nak amik gambar dia bukan main susah…

20140831_122615Makan kenyang-kenyang sebelum tengok movie….

tmnt-allOrang lain dah lama tengok TMNT…kami baru nak pi….

teenage-mutant-ninja-turtles-april-oneil-1920x1080Aku ni kalau pelakon omputih ni kalau bukan Brad Pitt atau Angelina Jolie memang aku tak kenal sangat. Bila tengok heroin TMNT ni cantik giler kot. Sapa ek? Pelakon baru ke? Macam pernah tengok jek….Ya! Ampun…rupernya Megan Fox kot. Hahahahaha…Dah heroin aku tak kenal…hero si Will Arnett tu lagilah…

Master-Splinter-April-Leonardo-Raphael-Donatello-and-Michaelangelo-in-Teenage-Mutant-Ninja-Turtles-2014Watak utama TMNT : Splinter,  Raphael, Michelangelo, Donatello & Leonardo

Teenage-Mutant-Ninja-Turtles-Reviews-starring-Megan-Fox-and-Will-Arnett-2014Part paling best dorang dalam lift…rasa nak repeat tengok lagi….

Kartun TMNT ni pernah popular zaman 90an dulu. Zaman akak kecik-kecik comel dulu. Tapi aku mana layan kartun camni…dah masa tu aku sibuk layan meoro attack kan…hehehehe…

Sebagai bukan peminat tegar TMNT, aku suka jek TMNT ni…ada sedih..ada kelakar..pendek kata sukalah…..rasa macam nak tengok lagi…..

p/s : rasa nak bela penyu plak…ngeeee….

14 thoughts on “Layan Teenage Mutant Ninja Turtles 2014”

  1. wow best review TMNT jadi ingat waktu kecil, ini film seri yang selalu aku ikuti terus memang seru sekali film kartunnya, terima kasih sudah berbagi reviewnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge