Hati seorang kerani

Aku bekerja sebagai kerani merangkap PA tak rasmi sejak 17 tahun yang lalu. Jika aku bekerja di sektor kerajaan, barangkali aku dah jadi chief clerk kot.

Aku mula bekerja seawal umur 18 tahun. Lepas SPM je aku terus cari kerja sebab malas nak sambung belajar. Aku pernah dapat tawaran sambung belajar jadi cikgu macam mak aku suruh…tapi aku tak minat. Aku takut jadi guru terlampau plak nanti.

Berbekalkan sijil SPM, aku mula cari kerja di Kuala Lumpur. Satu hari lepas melihat iklan jawatan kosong kerani difirma guaman di dalam akhbar Berita Harian, aku terus call bespren aku Tiniuntuk pi interview. Pastu, aku ajak sepupu aku Ita, temankan kitaorang.

Nasib baik kami biasa pi Jalan Masjid India. Jadi mudah saja kami mencari pejabat tu di Wisma Yakin.

Alhamdulillah, aku dan Tini diterima bekerja sebagai kerani litigasi di sebuah firma guaman milik bukan bumiputera. Kami mendapat gaji sebanyak RM500 seorang. Lepas 3 bulan, akan naik RM50 katanya. Zaman remaja masa tu, RM500 tu dah banyak sangat rasanya.

Bermula sangat itu, aku mula bekerja sebagai kerani di firma guaman. Selama 6 tahun aku bertahan di firma guaman tersebut. Akibat gaji yang susah nak naik dan sikap pilih kasih (isu perkauman), aku mula cari kerja di tempat lain. Seorang sahabat yang pernah bekerja sama menawarkan kerja kosonh di tempat beliau. Firma guaman jugak. Kali ini dimonopoli oleh bumiputera. Aku terus mencuba nasib.

Alhamdulillah, akhirnya aku diterima bekerja sebagai kerani litigasi di HSK di Kompleks Pertama. Gaji jugak dapat lebih dari firma yang lama.

Dari Kompleks Pertama hinggalah kami berpindah ke Menara MARA, aku masih seorang kerani. Syukur ke hadrat Illahi, gaji ku juga semakin naik walaupun terpaksa  menunggu dalam tempoh yang panjang. Berkat kesabaran agaknya. Dan aku…bukan jenis suka tukar-tukar kerja. Aku tak suka pi interview. Memang sebelum ni adalah 2-3 kali aku cuba cari kerja lain tapi tak menjadi.

Kerjaku sebagai kerani adakala susah…adakala memerlukan kerja lebih masa. Tidak mengapalah…janji boleh claim overtime…hehehehehehe…Pernah satu ketika dahuli…sewaktu aku ditugaskan untuk menjadi PA ABJ (shortform nama bekas bos aku)…aku menangis setiap kali kena marah dengan dia. Dia bukanlah marah sangat pun tapi aku yang cepat sentap sebab aku tak kenal perangai dia macamana. Tapi bila lama-lama…aku dah jadi lali. Sehingga kini selepas dia jadi Hakim, aku mula merasa kehilangan dia. Nasib baik bos yang kami jaga sama-sama sekarang sangat memahami aku.

Siapa kata kerja kerani tak boleh beli itu beli ini? Kerja apa pun boleh…jika ada kemahuan. Aku jenis kalau nakkan sesuatu yang kurang mampu nak beli sekali gus…aku akan kumpul sampai boleh dapat. Aku tak kisahlah…old season ke…old fashion…janji dapat. Nak seribu daya..taknak seribu dalihkan…

Apapun pekerjaan kita, haruslah ukur di badan sendiri. Kalau kerja kerani tapi pakai kereta Mazda X5..pakai beg Gucci (yang ori tau)…memanglah tak cukup…Tapi….kalau kita pandai jimat cermat…tak mustahil kan….

Janganlah ingat kerja kerani ni sengkek sangat. Dengan gaji kerani jugaklah aku boleh beli rumah (walaupun sharing ngan pak rashid)..boleh bagi duit kat mak abah..boleh simpan kat tabung haji..boleh beli tu..beli ni..Dengan kerja kerani gaklah aku merasa melancong dan melihat tempat orang. Apa yang penting…pandai-pandai buat kira-kira.

Rezeki tu ada dimana-mana. Kita yang kena pandai mencari. Aku tahu betapa peritnya bergelar ibu tunggal walaupun bukan aku (mohon dijauhkan). Jika dah banyak kali asyik menuntut tapi yang dituntut buat bodoh jek…carilah jalan sendiri. Sekarang ni banyak tempat untuk anda mengadu. Jangan pendam. Susah-susah sangat kalau bekas laki anda takmau bagi nafkah kat anak-anak…korang bagi je bapak dorang jaga. Biar dia rasa apa yang korang rasa. Memang kita sbg ibu susah nak berpisah dengan anak tapi jika itu jalan terbaik…apa salahnya. Biar dorang rasakan.

Sekian.

Hati seorang kerani.

5 thoughts on “Hati seorang kerani”

  1. Wlupun kerani ni gajinya kck, tp pandai2 la manage..insyallah blh je nak uruskan idop dan idop mcm org lain *wlupun x mewah la*

    Psst..lain mcm je bunyi entry ni..ada org pelekehkan kerja kerani ker?? mak pun kerani tau..lagi laaaaa kerani plg bwh aka tkg cuci lantai jep. ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge