Pesanan buat peniaga online

Aku memang pembeli tegar online. Bagi aku mudah. Guna hujung jari dah settle. Kadang-kadang sampai aku lupa apa yang dah aku beli. Kadang-kadang aku lupa gak balance duit aku dalam bank…Ngeee….

Selalunya aku akan beli barang yang susah aku nak cari. Yang limited edition konon-konon terutama baju. Aku suka beli baju online sebab kadang-kadang susah nak cari kat luar. 

Selalunya, bila aku berkenan aku terus tanya “Berapa RM”? Dan selalu jawapan yang aku terima “PM dulu ye”…..

Sorry to say lah ye….

 

10649881_10203570505761410_6490585004688473626_n-001

Soalan akak tu simple je kot…berapa RM? Jawab jelah…atau kau boleh je terus PM akak…ni nak tunggu aku PM2 kau…i’m sorry goodbye lah….kena pilih kasta ke dik non oiiii….

Sebagai pembeli online yang tegar…meh sini akak bagitau apa yang ciri-ciri pembeli online ni mahukan dari anda sebagai penjual online :

1. Letak harga pada setiap barangan yang korang jual. Bukan apa…kita kekadang sekali tengok terus jatuh hati…dah tu nak kena type berapa RM? PM harga? kan dah 2-3 kali kerje….lagipun ini memudahkan kerja anda sebagai peniaga online jugak. Bayangkan jugak kalau korang pergi pasar nak beli ikan. Kedai A, ikan macam-macam pattern tapi takde harga. Pergi kedai B, ikan macam-macam pattern gak tapi semuanya ada harga…tak ke korang teruja nak beli walaupun korang tengok kedai A dulu….. 

2. Jawapan segera. Dalam sehari mesti ramai yang tanya korang…nak tunggu jawapan korang belum tentu dapat cepat. Tup-tup tengok orang lain niaga sama dah siap-siap ada harga…kan dah melepas satu pelanggan. Letak harga kan lagi mudah.

3.  Layanan mesra. Kekadang kita ni punyalah tanya ramah tamah. Dorang jawab sepatah je. Aku tahu kekadang korang malas nak layan sangat sebab bukannya nak beli sangat pon. Tapi tahukah korang, kekadang layanan korang tu membuat pembeli terus jatuh cinta. Letak harga lagi mudah.

Pendek kata, apa sekalipun korang nak jual….sila letak tanda harga. Harga sangat penting dalam dunia pernigaan. Akak faham…korang tak letak harga mungkin taknak pesaing korang tahu harga barangan yang korang niaga. Tapi percayalah, pembeli hari ini lebih mudah tertarik pada peniaga online yang letak harga. 

Itu cuma akak punya pandangan je. Janganlah ada yang terkesan plak….Akak tak cakap semua peniaga online camtu. Ada segelintir. Mungkin baru nak berniaga kot…tak kisahlah…rezeki masing-masing kan…..

Akak nak kenalkan sorang kawan akak ni. Peniaga online jugak….dan bagusnya kawan akak ni letak tanda harga pada setiap barang niaganya.Kalau korang nak tengok baju tidur kanak-kanak yang cantik-cantik belaka…boleh singgah FB kawan akak ni Mummy Adriana :

Klik Sini! Penjual Baju Tidur Online

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge