Raya Haji 2014 (Part 2)

Raya Kedua Raya Haji ritu, Saiy datang rumah mak aku. Mak aku memang suka je bila orang nak datang rumah dia. Aku pun suka…pembawa rezeki….

20141006_105653

Raya Haji ni kamera agak kurang memuaskan. Main balun je snap…abaikan cahaya suria itu ye….Aku hidangkan dorang lontong, rendang dan mak aku masakkan daging masak kicap jugak…..20141006_11033320141006_110422

Saiy dok puji-puji rumah mak aku…kembang ler mak aku tu……Terima kasihlah Saiy & Hiba sudi datang rumah mak aku ni. Nanti datang rumah aku pulak ek…..Terima kasih gak sebab bawakkan nasi impit & kuah lodeh. Kira terror gaklah walaupun pestime kau masak…hehehehe…  

Petang raya haji plak kami pi sambung keluar beraya. Memang 2-3 tahun ni keluarga belah mak aku amalkan konsep ziarah dari rumah ke rumah bila hari raya haji. Jika tak, sebelum ni mesti kalau raya haji asyik duduk umah jek. So, bila dah amalkan konsep ziarah ni, meriah dan terasalah suasana seperti raya puasa ritu.

Makcik aku, Zaiton Ibrahim atau kami panggil Cik Ton, buat korban tahun ni. So, dia pelawa kami ke rumahnya untuk makan Nasi Daging. Memang Nasi Daging Cik Ton mantap sangat. Harus belajar resepi Nasi Daging dari dia nanti.

IMG_20141006_124159

Malas nak pakai baju raya…hehehehehe….

Nasi Daging makan dengan daging rebus ni…nasi daging tak sempat nak snap….memang marvelous…..sedap giler kot Cik Ton aku masak…Daging rebus tu cicah ngan kuah asam ni….lagi terangkat….Acar timun pun ada…..

 Ni lagi satu menu meletop Cik Ton, Kari Daging. Memang sehingga menjilat jari….huhuhuhuhu

Rasa nak suruh Cik Ton masakkan sekali lagi untuk kami…..sedap giler kot…..

Itu jelah….cerita akak gorjes raya haji tahun ni…..Panjang umur bertemu kita lagi…..

2 thoughts on “Raya Haji 2014 (Part 2)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge