Resepi Cheesekut Mudah

Jarang aku nak buat entri siaran langsung ni…hehehehe….aku memang tak suka type guna phone ataupun ipad aku tu…remeh…tak puas…

Tapi sebab kawan2 punya pasal…akak gorjes rajin type tau….Ada yang tanya pasal resepi Ciskut Akak Gorjes tadi…memang senang sangat. Pejam mata pun boleh buat…Hahahaha….tipu 🙂

Sebenarnya semalam ada kakak peguam kat opis aku ni hulur cheesecake biskut ni kat aku. Sekali rasa sedap plak. Akak ni pun tak kedekut idea. Petang semalam gak aku pi barang2.

Korang beli je barang-barang ni…

PhotoGrid_1413289559624

Bahan-bahan untuk Resepi Cheesecake Biskut ni senang je…boleh cari kat semua pasaraya.

Bahan-bahan :-

1. Biskut cracker

2. Susu Full Cream

3. Susu Pekat

4. Cheese.

Empat bahan je untuk menghasilkan Cheesekut ni. Aku beli semua bahan kat Giant je..

Cheese tu aku beli jenama Tatura. Sedap dan murah dari brand Philadephina tu….

Cara-cara membuat Cheesekut :-

1. Masukkan cheese dalam mangkuk dan putar.

2. Masukkan sedikit demi sedikit susu pekat. Ikut resepi asal, masukkan 1/2 tin susu (yg kecil) tapi aku guna 1/4 lebih kurang. Ikut suka korang. Kalau suka manis lebihkan susu pekat. Aku tak suka manis sangat…jadi resepi yg ni manis-manis buah je.

3. Kemudian masukkan 2-4 sudu susu full cream tadi. Putar hingga kembang. Jangan terlalu cair atau pekat sangat. Kalau pekat tambah susu pekat dan susu full cream.

20141013_194937

4. Letak tepi dulu cheese tadi. Ambil biskut cracker tadi….celupkan sikit je dalam susu full cream. Jangan rendam…cuma celup-celup manja je… nanti lembik plak…tak sedap.
20141013_195452

5. Kemudian korang susun sama rata dalam bekas. Tekan2 skit supaya mampat nanti…

20141013_195224

6. Selepas itu lapiskan dengan cheesecrem tadi. Sapu nipis je….nak tebal pun boleh…cuma kalau sapu nipis…nanti bila potong cantik je layer dia…..

7. Selang selikan susunan biskut dengan cream cheese tadi sehingga ke akhirnya. Yang paling atas, korang topping creamcheese tu tebal skit…baru yummy.

8. Pastu korang boleh letak topping milo tabur ke, nestum tabur ke atau apa-apa je mengikut citarasa korang. Dah siap……mudah kan?

IMG_20141014_192937

Letak dalam peti ais semalam ….terangkat bila makan…..

Awas!!!!bagi yang sedang diet….jauhi Cheesecake Biskut ini dari anda…..hehehehhhehe….Selamat Mencuba!

Fuhhhh!!!! Letih menaip guna henpon ni. Sakit jari jemariku. Agak-agak malas nak buat tu…tempahlah ngan akak gorjes ek…buat modal nak beli laptop….hihihihi…

Kalau tak faham jangan segan silu tanya akak gorjes ye…..

9 thoughts on “Resepi Cheesekut Mudah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge